Follow Me @noorshafila

Wednesday, March 29, 2017

Misteri Wan Peah

March 29, 2017 4 Comments

Seram dik seram
Jangan diseru jangan dibawa pulang
Seram dik seram
Jangan diseru nanti hidup tak senang


Anak Cik Ila Alfeey dah hafal lagu Wan Peah ni.
Kami kat rumah terlewat sehari tengok episod Misteri Wan Peah ni.
Maklumlah start pukul 10. Mata pun mengantuk.
Jadinya tengok yang record saja :

Sepanjang cerita ni, sakit jiwa dengan watak Cikgu Ton. Mejadi betul Sherry Alhadad bawa watak Cikgu Zaiton yang mulut cabul tu. Betul cakap orang tua-tua, "biar rupa tak tak cantik tapi baik budi bahasa".

Tertanya-tanya juga siapa Ramli yang sebenarnya.

Tak sabar tak tahu kesudahan cerita Misteri Wan Peah malam ni? Betul ke Wan Peah ada membela?

Nantikan episod akhir malam ni ye.

Psst...malam ni memang kena tengoklah. Sebab dah episod akhir.

Tuesday, March 28, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest - Winners List

March 28, 2017 4 Comments


Senarai pemenang untuk LAZADA Birthday Blogger Contest sudah diumumkan semalam.

Ada beberapa blogger dari blog yang biasa Cik Ila kunjungi berjaya tersenarai sebagai pemenang.

Tahniah kepada semua terutamanya:

Mai 
Sis Hawa
Mrs Puex
Busyra
Teacher Syed

Monday, March 27, 2017

Hadiah penyertaan contest MHAM

March 27, 2017 4 Comments

Hadiah penyertaan contest SEO dari MHAM dah sampai. Tak de rezeki nak menang lagi. Nampaknya Cik Ila kena belajar lagi tentang SEO :) Ok lah, Jom tengok apa yang Cik Ila dapat kali ni. 

Pen dan Notebook MHAM
Bedak Asmak
Minyak Asmak
Jus Asmak

Kebetulan pulak, Cik Ila dah kehabisan bedak Asmak dan minyak Asmak tu. Alhamdulillah, kedua-dua produk ni Cik Ila pakaikan pada Aleena. MR sampai panggil Aleena dengan nama "Asmak" dah.

Terima kasih MHAM.

Friday, March 24, 2017

Rain, please go away

March 24, 2017 1 Comments

Rain rain go away
Come again another day

Salam Jumaat semua.

Kat KL hujan dari pagi dan masih lagi renyai-renyai kat luar. Bila hujan kat luar. Dalam pejabat pulak ber-aircond. Memang kesejukan lah. Cik Ila doakan semoga pemandu-pemandu kenderaan kat luar sana berhati-hati ketika memandu di dalam keadaan hujan ni. Kita selalu dengar kemalangan sana-sini bila jalan basah. Ingat orang tersayang dan hargai nyawa kita dan juga orang disekeliling kita. Sebab kitu hidup di dalam satu komuniti yang berkait di antara satu sama lain. Setiap apa yang berlaku akan memberi kesan kepada diri kita sendiri dan juga orang lain.

Anak berdua ni memang Hantu Mamee Biskidz. Omma leka je, Aleena pun depa suap.

LAZADA Birthday Sale
Hari ni last day untuk shopping BIRTHDAY SALE di LAZADA. Cik Ila asyik terlepas flash sale saja. Harap ada lagi lah barang-barang yang Cik Ila nak beli dalam next flash sale. Dan hari ni ada SanDisk Deal. Ada exclusive launch untuk new arrival. Memang kaw-kaw harga sehingga 50%.  Klik banner kat bawah ye kalau korang berminat. Cuci-cuci mata pun boleh.




Thursday, March 23, 2017

MOMMA® Pregolact™: Milk Booster & Susu Untuk Ibu Mengandung

March 23, 2017 1 Comments

Entri kali ini, Cik Ila nak bercerita tentang MOMMA® Pregolact™. Iaitu susu untuk ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusu. Sebagai ibu yang menyusu anak, Cik Ila perlu mengambil makanan yang berkhasiat bagi memasti susu yang diterima oleh anak turut berkhasiat. Selain daripada itu Cik Ila juga perlukan milk booster bagi merangsang pengeluaran susu. Maklumlah, bila anak dah mula makan solid, minum susu pun main-main je. Bila dah macam tu, demand makin kurang dan susu pun drop. Tapi ada masa dia nak susu je, mula lah omma ni mengelabah.

Sebab tu, Cik Ila sentiasa nak cari makanan atau minuman yang boleh dijadikan sebagai milk booster bagi merangsang pengeluaran susu.

Alhamdulillah, dah seminggu Cik Ila mengambil produk ini. Produk berkualiti premium susu kambing tanpa krimer dan rendah lemak sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung sangat memenuhi citarasa Cik Ila.

Milk Booster & Susu Untuk Ibu Mengandung

Apa itu MOMMA® Pregolact™

MOMMA® Pregolact™ adalah produk susu bernutrisi yang diformulasi dengan Activ-4 Plus™ yang dikhaskan untuk ibu hamil dan menyusu yang mementingkan kecantikan, kesihatan, tenaga ekstra, perkembangan otak bayi yang baik dan meningkatkan kuantiti dan kepekatan susu badan (milk booster). Sebagai susu untuk ibu mengandung dan milk booster, ia dapat membantu ibu hamil untuk kekal sihat dan cergas dan dapat membekalkan nutrisi yang lengkap buat anak di dalam kandungan atau anak yang disusui. Di samping dapat meningkatkan dan memekatkan susu ibu.

Keistimewaan MOMMA® Pregolact™

MOMMA® Pregolact™ diperbuat daripada Formulasi RAHSIA dan TERKINI daripada campuran 12 bahan SEMULAJADI termasuk bahan-bahan sunnah yang berfungsi membekalkan nutrisi yang lengkap bagi memenuhi keperluan ibu dan bayi. 5 dari 12 bahan semulajadi yang digunakan telah TERBUKTI BERKESAN sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung, dapat membantu meningkatkan kuantiti dan menambah kepekatan susu ibu. MOMMA® Pregolact™ terkini diformulasikan dengan advanced formula iaitu:-8

✔ PureMilk™
✔ Tiada gula
✔ Tiada krimer
✔ Rendah lemak
✔ Bahan-bahan semulajadi
✔ Penggunaan untuk 30 kali (1 bulan)

Milk Booster & Susu Untuk Ibu Mengandung

Memahami keperluan dan masalah yang sering dihadapi oleh wanita yang ingin hamil, ibu mengandung dan menyusu, susu dari formula gabungan bahan ektraks semulajadi iaitu Zaitun, Kismis, Omega 3, Delima, Buah Tin, Habatus Sauda, Susu Kambing, Kurma, Madu, Safron, Inulin (prebiotic) ini disahkan Halal Jakim dan lulus KKM sangat berkhasiat sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung.

Kesan semulajadi dapat dirasakan jika diamalkan berterusan selama 7 hari. Selain diperkaya dengan pelbagai nutrisi dan tidak berbau hamis. MOMMA® Pregolact™ didatangkan dalam dua perasa hebat iaitu Vanilla Bliss dan Coklat sesuai bagi ibu hamil yang menghadapi masalah dalam mencari susu untuk ibu mengandung yang sesuai.

MOMMA® Pregolact™CoklatMOMMA® Pregolact™Vanilla Bliss

Khasiat MOMMA® Pregolact™ buat Ibu Hamil dan Menyusu

1. Menaikkan HB
2. Kurang alahan (morning sickness)
3. Menghilangkan rasa letih, lesu dan penat
4. Anak cerdas dan bijak
5. Meningkatkan perkembangan otak
6. Mengelakkan sakit pinggang dan kejang kaki
7. Merawat stress
8. Merawat masalah kulit kepala gatal atau rambut gugur
9. Meningkatkan imunisasi badan
10. Kulit ibu dan bayi, cantik dan halus
11. Penggalak susu ibu atau milk booster
12. Mengurangkan masalah kulit kering atau eczema
13. Mengurangkan risiko demam kuning
14. Tenaga ekspress buat ibu yang sering kepenatan

Dengan khasiat-khasiat ini, ibu-ibu hamil digalakkan untuk mengambil susu untuk ibu mengandung ini sebagai makanan tambahan harian kerana ia baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan.

KOMEN CIK ILA

Milk Booster & Susu Untuk Ibu Mengandung


Benarkah MOMMA® Pregolact™ boleh bertindak boleh bertindak sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung? Jawapan Cik Ila adalah 7 hari diperlukan untuk Cik Ila dapat rasakan perubahan dari segi kualiti dan kuantiti susu. Cik Ila yakin dengan khasiat MOMMA® Pregolact™ sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung. Cik Ila suka dengan rasa Vanilla bliss kerana rasanya yang sedap dan langsung tiada rasa atau bau hamis. 

MOMMA® Pregolact™ baik untuk tenaga ... bagi ibu yang bekerja dan ada anak kecil yang menyusu badan sepenuhnya serta dua anak lain yang sangat aktif dan lasak, sememangnya Cik Ila akan cepat penat. Dah mejadi rutin harian kena bangun seawal 4 pagi untuk uruskan keperluan harian sebelum pergi kerja dan kena pula memandu dalam keadaan jalan yang sesak serta melakukan tugas hakiki di tempat kerja. Balik rumah saja, tenaga dah habis. Hari pertama ambil MOMMA® Pregolact™, Cik Ila rasa macam ada tenaga tambahan pulak. Masih boleh bertahan di pejabat dan di rumah. Rasa penat ini langsung tidak mempengaruhi pengeluaran susu Cik Ila. Memang MOMMA® Pregolact™ susu premium yang sesuai sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung.

MOMMA® Pregolact™ dapat memekat susu ... biasanya bila kita pam susu, aliran susu yang keluar pada permulaan agak cair. Tetapi dengan MOMMA® Pregolact™, susu menjadi pekat. Sebelum ni Cik Ila sediakan 4 - 4.5 oz untuk satu hidangan bagi Aleena. Sekarang, Aleena hanya minum dalam 3-3.5 oz saja. Sayang pula susu yang dia tak habiskan tu. Malam pun dia bangun tak sekerap sebelum Cik Ila mencuba MOMMA® Pregolact™. Susu pekat menjadikan Aleena cepat kenyang dan tidur lena. Memang MOMMA® Pregolact™ susu premium yang dapat pekatkan susu dan sesuai sebagai milk booster dan susu untuk ibu mengandung.

MOMMA® Pregolact™ dapat meningkatkan kuantiti susu ... Cik Ila hanya pam susu sebanyak dua sesi di tempat kerja. Cukup untuk bekalan esok hari. Di rumah atau bila ada bersama, Aleena lebih suka direct feeding. Ada kala kuantiti susu akan drop sikit, lebih-lebih lagi bila nak period ataupun bila Cik Ila stress dengan beban kerja seharian. Selepas mengambil MOMMA® Pregolact™, kuantiti susu yang Cik Ila perolehi tidak lagi menjadi masalah. Setiap hari mencukupi untuk hari yang seterusnya dan Cik Ila boleh buat stok untuk simpanan. Sekarang Cik Ila dah yakin MOMMA® Pregolact™ susu premium yang dapat pekatkan susu dan menambah pengeluaran susu sebagai milk booster.

Selain daripada itu, Cik Ila juga dapat rasakan yang rambut Cik Ila semakin kurang gugur. Aleena pula semakin aktif dan lasak. Bahu Cik Ila yang dah lebih dua minggu terasa sakit lenguh juga dah baik. Yang ni memang Cik Ila tak perasan langsung sakit dan lenguh tu hilang. Yang pasti selepas Cik Ila mengambil MOMMA® Pregolact™, ia hilang.

Tapi kena ingat ye ibu-ibu kat luar sana, ini hanyalah pendapat peribadi Cik Ila sahaja selepas mengambil MOMMA® Pregolact™ ini. Kesan ke atas setiap individu adalah berbeza. Untuk badan terus menghasilkan lebih banyak susu, kita kena kerapkan penyusuan sama ada direct feeding atau pun pam. Paling penting kena pastikan kita minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Bagi ibu-ibu yang masih mencari makanan atau minuman tambahan berkhasiat yang boleh dijadikan milk booster dan sesuai sebagai susu untuk ibu mengandung, korang boleh mencuba MOMMA® Pregolact™.

Heroes are not made, They are breastfed

Antara testimoni-testimoni berjaya MOMMA® Pregolact™ sebagai Milk Booster  

MOMMA® Pregolact™: Milk Booster & Susu Untuk Ibu Mengandung

MOMMA® Pregolact™: Milk Booster & Susu Untuk Ibu Mengandung

MOMMA® Pregolact™: Milk Booster & Susu Untuk Ibu Mengandung

MOMMA® Pregolact™: Milk Booster & Susu Untuk Ibu Mengandung

MOMMA® Pregolact™: Milk Booster & Susu Untuk Ibu Mengandung

Untuk maklumat lanjut mengenai MOMMA® Pregolact™ boleh layari facebook dan website MOMMA®: 


Untuk testimonial boleh layari http://bit.ly/testimonialMOMMA

Atau terus ke kedai beralamat: 

MOMMA® Industries Sdn Bhd, 
No 6-25-3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A, 
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor 

Hotline tempahan: 016-923 6962 / 016-924 6962 

Google Map / Waze: Momma Club 


Wednesday, March 22, 2017

LAZADA Birthday Blogger Contest

March 22, 2017 6 Comments

LAZADA Birthday Blogger Contest | Lazada... Lazada... Lazada... Dah 5 tahun rupanya. Kalau nak tahu, Lazada merupakan antara online retailer yang menjadi pilihan utama Cik Ila. Kalau dibuat pengiraan, entah berapa banyak RM Cik Ila yang dibelanjakan kat SINI. Dari sekecil-kecil barang sampai lah sebesar-sebesar barang. Pandai betul Lazada ni menggoda dengan harga yang tak masuk dek akal. Sempena ulang tahun ke 5 ni, Lazada akan menganjurkan 5th BIRTHDAY SURPRISE dari 22 - 24 Mac dengan tawaran potongan sehingga 90%. Semuanya hanya di Lazada.com.my Korang jangan lupa tarikh ni ye.

Apa yang saya suka tentang Lazada Malaysia?


Semuanya dihujung jari dengan harga murah dan diskaun menarik.. Sejak ada anak tiga ni, memang Cik Ila jarang sangat nak jejak kaki ke shopping mall. Hello...tak terkejar okey. Mana nak dukung si kecil Aleena, mana nak kejar abang Alfeey yang nak explore everything dan kakak Alisha yang teruja tengok benda-benda cantik. Sudahnya...omma dia duduk mengadap skrin monitor dan cari saja barang apa yang dia nak. Paling best, Cik Ila dapat bandingkan harga dan pilih barang yang menawarkan harga paling rendah dengan kualiti yang sama.

Website yang user friendly dan Free Shipping. Dari proses mencari barang sampailah pembayaran, semuanya memudahkan. Kita boleh pilih kaedah penghantaran dan kaedah pembayaran yang kita mahu. Biasanya Cik Ila guna kaedah pembayaran secara Credit/Debit Card, Online Banking dan PayPal. Bagi penghantaran pula, Lazada menawarkan 3 kaedah penghantaran iaitu Economy, Standard, Express. Siap ada penghantaran percuma bagi sesetengah barang. So far, Cik Ila memang tak de masalah lagi dan semua barang diterima mengikut jangkaan tarikh yang Lazada berikan.


Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)





Sejak Cik Ila mengaktifkan diri dengan larian marathon dan Zumba ni, memang Cik Ila nak sangat beli Xiaomi Miband 2 dan Nike Women Air Max tu. Hehehe....baru lah semangat. Philip steam iron tu...alahai, mudahnya kerja2 menggosok Cik Ila kalau dapat tu. Lazada sayang nak bagi Cik Ila tak barang-barang ni?


How do you think Lazada Malaysia can improve?

Memandangkan Cik Ila belum lagi menghadapi masalah dengan Lazada. Cik Ila cuma berharap dapat Lazada mengekalkan kecemerlangan  seperti sekarang. 


What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 



Happy 5th birhday Lazada. Dah boleh masuk pre school ni. Semoga Lazada terus berjaya dan dapat mengembangkan empayar online shopping ke peringkat yang lebih Global.

Jom korang shopping dengan LAZADA sempena Lazada Birthday Sale ni.


Tuesday, March 21, 2017

Redeem Astro Circle Point

March 21, 2017 1 Comments

Sampai dah Botol air Upin Ipin yang Cik Ila redeem di Astro Circle untuk anak-anak. Daripada biar je point yang dapat tu dari expired, baik Cik Ila gunakan. Lagipun tak banyak item best yang ada dalam redemption catalogue Astro Circle tu. Jumlah point untuk dua botol ni 4000. Ambil masa dalam 14 hari bekerja untuk sampai.


Bila dah sampai kat tangan, kecik je. Betul ke 900 ml ni. Bila Cik Ila sukat, volume air yang boleh diisi lebih kurang 500 ml saja. Tapi dalam katalog tu kata 900 ml. Kat mana 400 ml lagi? Halimunan kot. Pihak Astro Circle patut periksa betul-betul setiap penerangan pada item yang diorang tawarkan. Cik Ila siap redeem 2 unit lagi. Takkan lah dia gabungkan dua volume tu.

Bendanya pun dah dapat. Yang penting, anak-anak suka. Pada pelanggan Astro, point tu boleh disemak kat SINI. Selain daripada redeem point, ada juga event dan contest yang boleh disertai. Huhuhu..Cik Ila dah banyak kali join tapi tak de rezeki lagi nama nak naik sebagai pemenang. Frust jugak lah nama tak naik untuk contest NICKELODEON'S SPONGEBOB RUN.



Sunday, March 19, 2017

Nasi Lemak Hijau Pandan

March 19, 2017 7 Comments

Nasi lemak hijau Cik Ila Menari

Nasi Lemak Hijau versi Cik Ila Menari | Minggu lepas agak kelam kabut bagi Cik Ila. Aleena kena viral fever. Makan seminggu juga lah nak sembuh sepenuhnya. Kerja pun terpaksa ambil cuti separuh hari. Nasib baik ada polisi cuti separuh hari di tempat kerja. Rumah pulak memang kurang kemas lah. Nasib baik MR memang dah ambil alih tugas masak memasak dan basuh membasuh pakaian. Alhamdulillah...terima kasih abang sayang.

Bila Aleena dah sihat dan mula nak main sendiri, boleh lah omma dia masuk dapur. MR duty malam, mesti lah nak masak untuk dia balik kerja pagi tu makan. Lagi pun, sejak dia puji nasi lemak Cik Ila sedap.... memey lah lagi semangat Cik Ila nak masakkan. Menu sarapan hari ni Nasi Lemak Hijau Pandan. Ini merupakan kali pertama Cik Ila cuba masak. Hehehe....tambah air pandan yang dikisar je pun. Ya Allah....harum semerbak dengan pandan satu rumah.

Bahan-bahan untuk nasi:

6 helai daun pandan - dikisar halus dan diambil airnya.
Santan kelapa - sekotak 200ml
beras 4 pot - cuci bersih dan ditoskan
Bawang merah - hiris nipis
halia -2 inci
sedikit garam.

Campurkan semua bahan dan letak atas api. Cik Ila masak dalam rice cooker je. Make sure kacau rata ye. Bila dah masak, gembur-gembur kan nasi dan biarkan nasi sehingga betul-betul masak.

Untuk sambal tumis ikan bilis, Cik Ila mesti kena campur ubi kentang yang dipotong kecil dan memanjang. Maklumlah...anak-anak memang suka ubi kentang. Habis depa kutip ubi tinggal ikan bilis. Telur rebus dan hirisan timun semangnya WAJIB ada. Bila dah siap semua, memang wangi satu rumah.  MR balik kerja, baru sampai kat depan pintu lagi dia dah cakap sedapnya bau sambal tumis. Pandai bodek tau :)

Bila dah puji-puji tu memang makan bertambah-tambah lah. Berselera makan.

Kami makan atas lantai je.
Esok nak sarapan apa pulak ye? Eh.....Korang sarapan apa bila hujung minggu? Meh kongsi dengan Cik Ila.

Tuesday, March 14, 2017

Birthday Wishlist dari ShopBack

March 14, 2017 5 Comments


My Birthday Wishlist | Ada yang nak bagi hadiah hari jadi pada Cik Ila tak? Hehehe..nasib baik birthday Cik Ila dah lepas. Tapi kalau ada yang nak bagi.... kecil tapak tangan, nyiru Cik Ila tadahkan. Macam ShopBack.my ni, sempena ulangtahun ke 2 pada 22 Februari, ShopBack telah bermurah hati nak menunaikan wishlist pada mereka-mereka yang bertuah. Doakan Cik Ila bertuah ye. Jom tengok apa birthday wishlist Cik Ila.

Wishlist no 1 | Casa Queen Bed Frame Dark Brown With Spinahealth Queen Size Posture 8.5 inch iSPRING Spring Mattress 


Memandang set katil dan tilam sudah agak lama, Cik Ila memang merancang nak beli set yang baru. Design yang simple tapi menarik dengan tilam Goodnight setebal 8.5 inch. Cik Ila suka dengan tagline tilam Goodnight ni "Made for comfort and the best fot support". Maklumlah, bila usia dah semakin bertambah ni, keselesaan tulang belakang adalah penting.

Harga set katil dan tilam ni di LAZADA adalah RM799.00. Tetapi dengan dengan pembelian melalui ShopBack, Cik Ila akan dapat sehingga 11% Cashback. Jadi, Cik Ila akan dapat pulangan sebanyak RM87.89 daripada harga yang Cik Ila perlu bayarkan.


Wishlist no 2 | Women's Nike Air Max Thea Shoes 

Azam tahun baru 2017 Cik Ila adalah untuk  kekal fit dan sihat, jadi Cik Ila mula melibatkan diri dengan marathon dan Zumba. Jadi, sudah semestinya nak pakai kasut yang selesa. Berkenan betul Cik Ila dengan kasut Nike ni. Mesti lagi semangat nak terus berzumba.

Harga kasut ini di  ZALORA adalah RM379.00. Tetapi dengan pembelian melalui
ShopBack, Cik Ila akan dapat sehingga 9% Cashback. Cik Ila akan dapat pulangan sebanyak RM34.11.

Wishlist no 3 | NIKE POWER LEGENDARY, Women's Mid-Rise Training Tights 


Dah ada kasut yang selesa, nak pulak training tight. Apa yang Cik Ila suka dengan Nike Training Tights ni adalah memberi sokongan dan mampatan. Material dia pulak membantu kita untuk
kekal kering dan selesa. Tak de lah lebihan isi di pinggang dan pinggul Cik Ila menggelebeh sana sini. Semangat nih.

Harga training tight ini di  website Nike adalah RM419.00. Tetapi dengan pembelian melalui ShopBack, Cik Ila akan dapat sehingga 10% Cashback. Cik Ila akan dapat pulangan sebanyak RM41.90.

Wishlist no 4 | HP DeskJet Ink Advantage Ultra 4729 All-in-One Printer 


Cik Ila banyak print latihan dan nota untuk pembelajaran anak-anak dan untuk diri sendiri juga. Dan sebetulnya sedang memang mencari printer yang boleh multitasking. Printer ni boleh print, copy, scan dan ada fungsi wireless. Boleh print A4, B5 dan A6 sehingga 1000 ms.

Harga asal adalah RM489.00. Dengan pembelian melalui ShopBack, Cik Ila akan dapat sehingga 4% Cashback. Cik Ila boleh dapat pulangan sebanyak RM19.56.


Wishlist no 5 | Philips Steam Generator Iron GC7620 


Dah berangan betapa senangnya kerja hujung minggu iaitu menggosok baju kerja Cik Ila dan MR serta baju sekolah anak-anak. Dengan iron sekarang ni, mau sejam lebih baru siap semua kerja menggosok. Lenguh-lenguh kaki berdiri. Rata-rata yang Cik Ila tengok yang pakai steam iron ni bercerita mudahnya kerja menggosok depa. Itu yang teringin sangat nak juga. Dapat jimatkan masa. Bila dah anak tiga ni, setiap minit sangatlah berharga.

Harga iron ini di  LAZADA adalah RM587.00. Tetapi dengan pembelian melalui ShopBack, Cik Ila akan dapat sehingga 11% Cashback. Cik Ila boleh dapat pulangan sebanyak RM64.57.

Eh Cik Ila ni, dok cakap pasal ShopBack je. Apa ShopBack ni? Tak pernah dengar pun? Haaaa... pada yang tak tahu, meh kita tengok video kat bawah ni dulu. Apa itu ShopBack?



Apa itu ShopBack?


ShopBack merupakan laman web #1 di Malaysia dan 5 negara lain iaitu Singapore, Philipines, Indonesia, India dan Taiwan  yang mana menawarkan Cashback atau pulangan rebat berbentuk wang bagi setiap pembelian secara online disamping diskaun sedia ada yang telah ditawarkan oleh online retailer yang terlibat. ShopBack mempunyai lebih 500 partnering merchant  yang mengambil bahagian temasuk Lazada, Booking.com,Qoo10, ZALORA, Foodpanda, Uber dan banyak lagi. Kalau nak tahu, ShopBack ni pernah dipaparkan dalam The Star Online, News Strait Times, Says.com, The Borneo Post, TechInAsia, Channel News Asia dan banyak lagi. Yang paling best.....cashback yang kita terima boleh di cash out terus ke dalam bank akaun kita. 


Kalau ditanya macam mana Cashback ni berfungsi..... Jawapannya mudah saja. Setiap kali kita berbelanja secara online di online retailer yang mengambil bahagian, Shopback akan mendapat komisyen kerana "bawa" kita untuk untuk shopping. Komisyen yang ShopBack dapat ni dikongsi balik dengan kita. Wah...sharing is caring gitew. Senang cakap...ShopBack ni macam orang tengah lah. Cara pengiraan cashback yang akan kita perolehi adalah macam kat bawah ni. Peratus untuk cashback setiap pembelian ni bergantung kepada pilihan kita lah.
Dah faham ke? 

Tapi sebelum nak shopping di ShopBack tu, kena daftar dulu ye.



Kalau nak tahu lebih lanjut tentang ShopBack, apa kata korang klik aje mana2 link kat bawah ni.



Tuesday, March 07, 2017

Cara hilangkan rasa hanyir ikan patin

March 07, 2017 4 Comments
Nak hilangkan rasa hanyir ikan air tawar | Cik Ila pada asalnya, bukanlah penggemar ikan air tawar ni. Tapi selepas berkahwin dengan MR, terus terikut-ikut sekali dengan kegemaran dia.

Kalau balik kampung Cik Ila (Gerik), memang MR akan ke pasar, menunggu ikan sungai. Sebarau, lampam, tengas, tenggalan, kelabau, talapia, keli, baung dan patin. Maaf lah ye, Cik Ila tak pasti yang mana satu namanya. Banyak sangat. Yang Cik Ila tahu dan kenal adalah ikan patin, keli, talapia dan baung saja. Yang lain-lain tu, Cik Ila panggil ikan banyak sisik je. Tapi kali ni, Cik Ila
nak cerita tentang ikan patin je. Sebabnya balik kampung minggu lalu, MR dapat beli ikan patin saja.

Siapa suka ikan patin kat sini? Lembut je isinya. Paling best makan ikan patin yang baru ditangkap.
Masak pulak menu asam pedas tempoyak. Terliur tak? Sebut nama je pun Cik Ila dah terliur ni.

Cara nak hilangkan rasa hanyir ikan patin
Bab menyiang ikan, memang serah sepenuhnya pada MR.

Seekor ni RM38. Masih hidup lagi. Berat dalam sekilo lebih. Harga kira okey lagi. Sebab MR
pernah beli dengan harga RM60+ seekor. Tak sampai sekilo pun beratnya. Tapi bila dah nama
ikan air tawar ni, mesti tak lari dari berlendir, berbau dan rasa hanyir. Paling tak best bila dah siap masak, masa nak makan tu, bila masuk je ikan dalam mulut, masih lagi terasa hanyir. Terus terbantut selera. Lagi kuat rasa hanyir tu pada bahagian perut. Bahagian ni yang paling Cik Ila
suka sebab sangat lembut, gebu, berlemak dan tak bertulang. Tu sebab, Cik Ila jarang beli lauk
ikan patin yang siap masak di kedai makan.

Mesti ramai dah tahu, nak hilangkan lendir dan bau hanyir tu, kita boleh guna limau nipis, asam jawa, asam keping dan garam. Tapi tahu tak.... macammana nak hilang rasa hanyir ikan. Kalau udang, kita keluarkan urat dibelakang badan udang. Tapi kalau ikan patin...urat putih pada kedua-dua belah badan ikan. MR biasanya, akan potong dulu baru tarik keluar urat putih tu. Senang sikit.

Cara nak hilangkan rasa hanyir ikan patin
Cara nak keluarkan urat putih pada badan ikan patin.
Alhamdulillah, kalau buat cara ni, takkan ada lagi rasa hanyir pada lauk ikan patin yang di masak. Menambah-nambah makan. Tak percaya? Cuba dulu ye.



Wednesday, March 01, 2017

Permohonan Online Murid Tahun 1 Sesi 2018

March 01, 2017 26 Comments
Permohonan Online Murid Tahun 1 | Tiga tahun sebelum ni, masa Cik Ila buat permohonan untuk daftar Alisha ke tahun 1, sistem yang digunakan adalah berbeza dengan yang sekarang ni. Sekarang semua Permohonan Online Murid Tahun 1 menggunakan Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM). Cik Ila nak daftarkan HERO seorang tu. Macam tak percaya je tahun depan nak naik ke tahun 1.

Untuk makluman semua, Permohonan Online Kemasukan Tahun 1 di seluruh Semenanjung Malaysia untuk 2018 dan 2019 dibuka mulai 1 Mac 2017 - 30 April 2017.
 Permohonan Online Murid Tahun 1 Sesi 2018


Untuk akses modul SPATKPM ni, ibu bapa kena buat pendaftaran kali pertama untuk buka akaun di atas nama sendiri dulu. Lepas daftar masuk dengan id kad pengenalan kita, baru boleh isi maklumat anak yang nak didaftarkan. Ada 5 tab yang perlu diisikan semuanya. Nampak macam banyak tapi senang je sebenarnya.


Permohonan Online Murid Tahun 1 Sesi 2018

Bila masukkan nombor MyKid, automatik maklumat anak akan dimasukkan. Ibubapa hanya perlu masukkan maklumat prasekolah/tadika anak saja, rekod imunisasi anak. Untuk maklumat penjaga pun sama, bila kita masukkan carian kad pengenalan, automatik maklumat akan dimasukkan. Tapi semaklah dulu untuk pastikan semuanya betul. Bila dah simpan semua maklumat tu baru boleh masukkan maklumat permohonan. Pilihlah sekolah mana yang nak dipohon. Akhir sekali buat perakuan dan hantar. 

Untuk Maklumat sejarah imunisasi bayi/kanak-kanak, masukkan satu maklumat sahaja sudah memadai. 

Bagi yang bermasalah untuk mengisi Maklumat Penjaga, (1) pastikan anda masukkan no kad pengenalan penjaga utama iaitu suami dalam kotak carian. Hanya nombor sahaja. (2) kotak ini akan muncul dan klik OK. Maklumat tentang bapa akan keluar sendiri. 



Semakan Permohonan Online Murid Tahun 1 Sesi 2018

Lepas 14 hari permohonan, cetak surat di bahagian SEMAKAN (Surat Permohonan Sekolah dan Surat Persetujuan Kesihatandan hantar ke sekolah yang dipohon untuk proses Perakuan.

Bawa bersama senarai semak dokumen yang dperlukan:

1. Surat Beranak/Sijil Anak Angkat - Asal dan Salinan
2. Bil Utiliti (Bil TNB/Air/Telefon) - Asal dan Salinan
3. Kad Pengenalan Ibubapa/Penjaga - Asal dan Salinan
4. Surat Nikah - Salinan
5. Surat Hak Penjagaan/Perintah Mahkamah (jika berkaitan) - Asal
6. Laporan Doktor & Kad OKU jika berkaitan - Asal dan Salinan
7. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi - Asal

Kemaskini permohonan boleh dilakukan sebanyak 3 kali. Pastikan ada buat perakuan semula selepas buat proses kemaskini ye.

PPD akan buat proses penempatan. Kalau berjaya...Alhamdulillah. Kalau tak berjaya cuba buat permohonan rayuan. Harap entri ni dapat membantu ibubapa yang kali pertama nak mohon anak ke tahun 1.

Cik Ila harap Alfeey dapatlah sekolah yang dipohon ni maklumlah, di kawasan perumahan Cik Ila ada dua sekolah kebangsaan.  Senang sikit sekolah sama dengan kakak.


Ad Banner