Follow Me @noorshafila

Sunday, March 19, 2017

Nasi Lemak Hijau Pandan


Nasi lemak hijau Cik Ila Menari

Nasi Lemak Hijau versi Cik Ila Menari | Minggu lepas agak kelam kabut bagi Cik Ila. Aleena kena viral fever. Makan seminggu juga lah nak sembuh sepenuhnya. Kerja pun terpaksa ambil cuti separuh hari. Nasib baik ada polisi cuti separuh hari di tempat kerja. Rumah pulak memang kurang kemas lah. Nasib baik MR memang dah ambil alih tugas masak memasak dan basuh membasuh pakaian. Alhamdulillah...terima kasih abang sayang.

Bila Aleena dah sihat dan mula nak main sendiri, boleh lah omma dia masuk dapur. MR duty malam, mesti lah nak masak untuk dia balik kerja pagi tu makan. Lagi pun, sejak dia puji nasi lemak Cik Ila sedap.... memey lah lagi semangat Cik Ila nak masakkan. Menu sarapan hari ni Nasi Lemak Hijau Pandan. Ini merupakan kali pertama Cik Ila cuba masak. Hehehe....tambah air pandan yang dikisar je pun. Ya Allah....harum semerbak dengan pandan satu rumah.

Bahan-bahan untuk nasi:

6 helai daun pandan - dikisar halus dan diambil airnya.
Santan kelapa - sekotak 200ml
beras 4 pot - cuci bersih dan ditoskan
Bawang merah - hiris nipis
halia -2 inci
sedikit garam.

Campurkan semua bahan dan letak atas api. Cik Ila masak dalam rice cooker je. Make sure kacau rata ye. Bila dah masak, gembur-gembur kan nasi dan biarkan nasi sehingga betul-betul masak.

Untuk sambal tumis ikan bilis, Cik Ila mesti kena campur ubi kentang yang dipotong kecil dan memanjang. Maklumlah...anak-anak memang suka ubi kentang. Habis depa kutip ubi tinggal ikan bilis. Telur rebus dan hirisan timun semangnya WAJIB ada. Bila dah siap semua, memang wangi satu rumah.  MR balik kerja, baru sampai kat depan pintu lagi dia dah cakap sedapnya bau sambal tumis. Pandai bodek tau :)

Bila dah puji-puji tu memang makan bertambah-tambah lah. Berselera makan.

Kami makan atas lantai je.
Esok nak sarapan apa pulak ye? Eh.....Korang sarapan apa bila hujung minggu? Meh kongsi dengan Cik Ila.

7 comments:

  1. Ohhhhh, yang hijau tu hijau air daun pandan lah ya. Nampak macam sedap ja ni.
    Mesti wangi kan bau nasi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye cikgu Syed. Cik ila pun baru tahu. Dok tengok orang upload nasi hijau je. Bila cari resepi rupanya guna daun pandan. Wangi dah harum semerbak.

      Delete
  2. Cik ila buat sambal mesti power. Hehe.. Share la jugak resepi sambal tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..Mister Zarif sudi jenguk blog Cik Ila. INsyaAllah, nanti Cik Ila share resepi sambal tu ye.

      Delete
  3. Resepi baharu bagi LZ.. Seumur hidup masih belum pernah cuba masak nasi lemak, nampak menarik teringin cuba..

    Thanks Cik Ila sudi share resepi ni 😍, unik sikit berbanding nasi lemak biasa 😉

    ReplyDelete
  4. Unik sikit sbb harumnya semerbak LZ.

    ReplyDelete

Tudung Si Comel

tudung sekolah