Untuk makluman semua, Permohonan Online Kemasukan Tahun 1 di seluruh Semenanjung Malaysia untuk 2018 dan 2019 dibuka mulai 1 Mac 2017 - 30 April 2017.
Untuk akses modul SPATKPM ni, ibu bapa kena buat pendaftaran kali pertama untuk buka akaun di atas nama sendiri dulu. Lepas daftar masuk dengan id kad pengenalan kita, baru boleh isi maklumat anak yang nak didaftarkan. Ada 5 tab yang perlu diisikan semuanya. Nampak macam banyak tapi senang je sebenarnya.
Bila masukkan nombor MyKid, automatik maklumat anak akan dimasukkan. Ibubapa hanya perlu masukkan maklumat prasekolah/tadika anak saja, rekod imunisasi anak. Untuk maklumat penjaga pun sama, bila kita masukkan carian kad pengenalan, automatik maklumat akan dimasukkan. Tapi semaklah dulu untuk pastikan semuanya betul. Bila dah simpan semua maklumat tu baru boleh masukkan maklumat permohonan. Pilihlah sekolah mana yang nak dipohon. Akhir sekali buat perakuan dan hantar.
Bagi yang bermasalah untuk mengisi Maklumat Penjaga, (1) pastikan anda masukkan no kad pengenalan penjaga utama iaitu suami dalam kotak carian. Hanya nombor sahaja. (2) kotak ini akan muncul dan klik OK. Maklumat tentang bapa akan keluar sendiri.
Lepas 14 hari permohonan, cetak surat di bahagian SEMAKAN (Surat Permohonan Sekolah dan Surat Persetujuan Kesihatan) dan hantar ke sekolah yang dipohon untuk proses Perakuan.
Bawa bersama senarai semak dokumen yang dperlukan:
1. Surat Beranak/Sijil Anak Angkat - Asal dan Salinan
2. Bil Utiliti (Bil TNB/Air/Telefon) - Asal dan Salinan
3. Kad Pengenalan Ibubapa/Penjaga - Asal dan Salinan
4. Surat Nikah - Salinan
5. Surat Hak Penjagaan/Perintah Mahkamah (jika berkaitan) - Asal
6. Laporan Doktor & Kad OKU jika berkaitan - Asal dan Salinan
7. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi - Asal
Kemaskini permohonan boleh dilakukan sebanyak 3 kali. Pastikan ada buat perakuan semula selepas buat proses kemaskini ye.
PPD akan buat proses penempatan. Kalau berjaya...Alhamdulillah. Kalau tak berjaya cuba buat permohonan rayuan. Harap entri ni dapat membantu ibubapa yang kali pertama nak mohon anak ke tahun 1.
PPD akan buat proses penempatan. Kalau berjaya...Alhamdulillah. Kalau tak berjaya cuba buat permohonan rayuan. Harap entri ni dapat membantu ibubapa yang kali pertama nak mohon anak ke tahun 1.
Cik Ila harap Alfeey dapatlah sekolah yang dipohon ni maklumlah, di kawasan perumahan Cik Ila ada dua sekolah kebangsaan. Senang sikit sekolah sama dengan kakak.
50 Comments
tadi try jugak masuk nak daftar sekolah utk adik , cari lah jugak mana nak print..rupanya kena tunggu 2 minggu erk baru boleh print
ReplyDeleteDah boleh print Anzraa. Klik pada button semakan tu. Ada dua link warna biru untuk borang2 tu. Simpan dan bawa ke sekolah nanti. Nak prin kemudian pun boleh nanti.
Deletenak tanya bahagian maklumat kesihatan tu boleh ajar tak nak isi macam mana?=)
ReplyDeleteHi Arissa. Cik Ila ada masalah nak isi maklumat vaksin sebelum ni. Masuk semua maklumat bila SIMPAN, tak boleh pulak. Penyelesaiannya: Masukkan satu maklumat vaksin iaitu BCG saja dah memadai. Nanti masuk sekolah, pihak sekolah akan minta maklumat ni lagi.
DeleteHi cik Ila. Nak tumpang tanya ni bila masa nak key in maklumta penjaga tu dalam petak carian no kad pengenalan tu dia keluar NO KP TIADA DALAM PANGKALAN DATA!!! so macam mana dengan ni. harap tunjuk ajar sikit. I try to key in manually dan klik simpan tapi miskinpun ia pop up maklumat penjaga berjaya disimpan tapi i tetap dapati semua kolumn maklumat tu kosong dan I tak dapat terus ke petak maklumat permohonan. :(
ReplyDeleteTerima kasih.
dari saya Wai.
Hai Wai. Cuba refresh dan masukkan semula no kad pengenalan dalam kotak carian.
ReplyDeletePastikan masukkan no kad pengenalan penjaga utama (suami).
Hi sis..mcm mne nk buat yer klau buku rekod kesihatan anak tu hilang..tak ingat pulak smua tarikh imunisasi tu..
ReplyDeleteHi CT, cuba pergi balik klinik tempat anak ambil imunisasi dulu. Biasanya klinik ada simpan rekod imunisasi tu.
Deletehi sis..kalau klinik tak de rekod imunisasi tu jugak? sbb anak lahir dekat swasta, n tak de buku pink...macam mane ye????
Deletekebiasaannya, anak akan diberi imunisasi - vaksin bcg selepas dilahirkan (hari kedua). Mesti ada rekod walaupun lahir di hosp swasta. Mohon semak balik rekod kelahiran anak.
DeleteHi Cik Ila,
DeleteMana boleh dapatkan borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi? Sebab sekolah minta
Hi Cik Ila,
ReplyDeleteMana boleh dapat borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi? Sebab Sekolah tu minta boring ni. I tak dapat cari dari online
Hi Chlov,
DeletePada tab Maklumat Kesihatan tu, bahagian bawah sekali ada kotak kecil yang menyatakan kita setuju untuk terima perkhidmatan kesihatan dan imunisasi. Boleh print dalam SEMAKAN. Ada dua link biru:
1. Cetak Surat Permohonan Sekolah
2. Cetak Surat Persetujuan Kesihatan
Print saja.
itu sebelum save , lepas save nak pi cari kat mana??
Deletetak ada pun..bagi detail sikit bleh tak step stepnya..
DeleteJeff hor : dah isi semua maklumat, save dan sahkan permohonan (pada tab PERAKUAN). Nanti print pada bahagian SEMAKAN. Pastikan you tick pada bahagian setuju untuk terima perkhidmatan kesihatan dan suntikan.
Deletetunpang tanya..sya dah daftar..tp sya punya takde semakan yang ada kemaskini...macm mne print nye
Deletesyabas, blog anda lebih membantu dari laman web kementerian :) apalah nasib rakyat Malaysia, cari maklumat kat blog lagi senang dari cari kat tempat rasmi.
ReplyDeleteTerima Kasih syed aje. Suka Cik Ila dapat membantu.
Deletehi sis..macamane nak print maklumat anak..sbb bila log in blk tak jumpa..sblm ni da buat tapi separuh jalan kat maklumat kesihatan ..
ReplyDeletekena lengkapkan dan sahkan. Nanti akan ada 2 form untuk diprint.
Deletesalam nak tanya ada ke kena masukkan detail ibu dalam tu pasal saya cari tak jumpa tapi bila saya print dan hantar ke sekolah cikgu reject pasal tak lengkap nama ibu di ruang mana yg nak letak detail ibu iya....
ReplyDeleteMaaf lambat reply. Kena isi maklumat bapa lengkap dulu.
Deletesis kena tak kluar borang pdahal
ReplyDeletedah tekan untuk cetak berjam2 tunggu untuk loading borang tp tak kluar .. sistem problem ke apa ye ..
Mungkin sistem problem. Ataupun capaian internet tak bagus.
Deletecik ila. nak tumpang tanya sebab saya isi borang manual tahun lepas untuk sekolah di kl. untuk penempatan tahun 2018. macam mana nak buat ye
ReplyDeleteCuba puan semak di sekolah yang puan pohon. Saya pun tak pasti.
DeleteHi Selamat Petang
ReplyDeleteBoleh saya dapat borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi semasa menghadari Hari Orientasi Murid pada 29 December 2017.
Terima Kasih
Dass
cik ila.. saya nak tanya, kalau buku imunisasi anak tak lengkap, mksud sy, dia stop ambik imunisasi kat klinik umur setahun atau bwah 6 bln .. mcm mn ya..
ReplyDeleteHai puan,
DeleteBagi imunisasi yang tidak lengkap, puan masuk kan saja mana yang ada dulu.
Assalamualaikum puan,macamana ya nak buat kalau saya da lebih tiga kali kemaskini. Sy nk kemaskini lagi da tak boleh da. Limit tiga kali. Sy da hantar borg ke sekolah tp sekolah call kata anak xleh sekolah situ sbb sekolah tu lelaki saja. Sy xtau sbb ingt sekolah tu smua boleh dan dekat dgn rumah. Baru pindah tak tahu tu sekolah laki. Hahaha malu sungguh. Tp da tak boleh kemaskini.. Da lebih limit... Mcmana ye.. Pls pls help me. 1st time daftar anak sekolah.
ReplyDeletesalam cik ila nk tanye salinan dokumen perlu disahkan tak sebelum hantar ke sekolah?
ReplyDeleteHi @Isyabutterfly,
DeleteTak perlu sahkan. Cuma bawa sijil lahir yang asal masa hantar dokumen ke sekolah. Nanti pihak sekolah akan cop dibelakang sijil.
Saya dah kemaskini lebih dari 3 kali....macam mana kalau mau kemaskini yg kali 4....tinggal 1 surat gi yang salah
ReplyDeleteSaya dah kemaskini lebih dari 3 kali....macam mana kalau mau kemaskini yg kali 4....tinggal 1 surat gi yang salah
ReplyDeletefor online application hanya boleh kemaskini sebanyak 3 kali
DeleteHi, boleh saya tanya, berapa sekolah boleh dimohon? sebab ada kawan-kawan yang mendaftar guna cara manual boleh memohon 3 buah sekolah (diberi pilihan 3 buah sekolah). Tapi bila isi borang online mcm 1 buah sekolah saja bole dipilih? Terima kasih.
ReplyDeleteHi, Boleh tumpang tanya berapa buah sekolah boleh dimohon?
ReplyDeleteKawan2 yg isi borang secara manual ada pilihan utk isi 3 buah sekolah.
Saya isi borang online hanya boleh pilih 1 sekolah saja. Adakah saya perlu klik bahagian 'Kemaskini'? Terima kasih.
online application boleh pilih 1 sekolah saja.
DeleteHai, bleh says tnya mcamna nk isi smula mklumat imunisasi pada borng permohonan saya.trlepas pandang stelah dprint dn hntar disemak tiada(tiada imunisasi). Phak skolah sruh baiki blik dlm sistem.
ReplyDeletePuan klik pada bahagian kemaskini. Untuk kemaskini kita boleh biat 3 kali sahaja ye.
DeletePuan, lps dh submit semua document kat sekolah, ape lagi nk kene buat ye? Dlm sistem ade bahagian tarikh perakuan sekolah. Tp xde plak tick kaler hijau tu..risau plak saya..huhu
ReplyDeleteTerima kasih puan.
Tarikh perakuan sekolah tu sekolah punya part, Pn Ayu tunggu saja bulan July untuk penempatan.
DeleteNak tanya semua ah kak kenapa I tak boleh buat semakan permohonan , dia keluar maaf,tiada sebarang Permohonan bagi masa ini.. dia tak keluar data pun, risau la saya...ada tak kawan kawan pernah madam tu, lepas macam mana nak selesai kan..
ReplyDeleteSekolah di kawasan mana tu puan, kalau sekolah di Putrajaya, keputusan ditangguhkan dulu. Sehingga hari ni, belum ada lagi yang ada masalah untuk buat semakan. Tapi kalau semua maklumat semasa permohonan dulu dah settle, should be no problem. Mungkin puan boleh berhubung dengan KPM +603-8000 8000.
DeleteSalam puan..nak tnya boleh x guna id saya yg sedia ada utk tlg daftarkan anak kawan saya bagi pihak dia.
ReplyDeleteWaalakumsalam. Tak boleh rasanya.
DeleteSalam puan... nak tny ada cara tak bagaimana utk dptkan rekod imunisasi anak dari sistem tu? utk ank bersekolah darjah 1 tahun 2019..
ReplyDeletesemua rekod sy sudah hntar pd sekolah, tp sekolah bg hilang..buku imunisasi anak pula entah ke mana sbb pindah rumah..ada cara tak? terima kasih
Waalaikumsalam. Pergi balik ke klinik di mana anak puan di vaksin. Mesti ada rekod di sana.
Delete
ReplyDeletesalam cik...kenapa sy tak boleh masuk ke ruang permohonan baru? bila masukkan mykid no. anak dia tak keluar apa-apa. cuma ada button semak saja. Bila ulang tekan tak keluar juga. Macam mana ye?