Shopping di LAZADA

Breaking

Wednesday, April 12, 2017

Alisha dah pandai bagi no telefon pada kawan


Salam semua. Entri hari ini, Cik Ila nak cerita tentang anak dara Cik Ila, Alisha yang berumur 8 tahun. 7 tahun 4 bulan kalau ikut tarikh dia lahir. Cik Ila dan MR memang cerewet sikit bila melibatkan dengan siapa anak berkawan. Kawan-kawan depa hanya di sekolah dan sepupu-sepupu yang jarang-jarang jumpa tu. Di kawasan rumah memang tak de langsung. Pernah juga depa cuba berkawan, tapi budak-budak kan cepat ikut benda yang tak elok ni, kami mula kawal dengan siapa anak bermain. Tak nak lah anak-anak terus menerus terdedah dengan perkataan-perkataan yang tak elok dan tak sopan bila menegur atau berbicara dengan orang dewasa. Agak lega juga hati ni bila kami ambil keputusan untuk pilih sekolah (2) sebab kebanyakan budak-budak di kawasan rumah ni bersekolah ni sekolah (1).

Alisha baru tahun ni mula sekolah agama. Jadi, kawan-kawan sekolah bertambah ramai. Di sebabkan, dia baru masuk dan takde rekod lagi, ustazah tempatkan dia di kelas kedua. Kawan-kawan kelas dia di sekolah kebangsaan semuanya di kelas pertama. Alhamdulillah, Alisha ni cepat mesra dengan orang. Jadi takde masalah untuk dia bergaul dengan kawan baru. Nak jadi cerita, seorang kawan kelas sekolah agama dia tinggal di kawasan rumah kami. Budak ni kelas lain di sekolah kebangsaan. Fatihah namanya. Seronok sangat bila dia dapat tahu dia ada kawan sekolah tinggal di kawasan yang sama. Siap bagi no telefon. Hari yang sama Alisha bercerita tentang Fatihah, Cik Ila dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali. Angkat je... dengar suara halus kat hujung sana :) Nak cakap dengan Alisha katanya. Kenalah interview dengan Cik Ila sekejap. Haih...omma pulak over bila anak dapat panggilan telefon dari kawan buat kali pertama.
when your daughter got a call from a friend.
Sembang depan ibu saja tau.
Kami memang tak pakai telefon rumah. Hanya Cik Ila dan MR saja. Ada juga bercadang nak belikan satu handphone untuk kegunaan anak-anak tapi bila fikir-fikir balik, banyak yang tak elok pulak rasanya. So, kena hold dulu cadangan nak beli telefon tu dan guna telefon omma dan abah saja. Sekurang-kurangnya kami boleh pantau kawan-kawan depa. Lagi pulak, internet kat rumah tu memang 'ON' sepanjang masa. Ish... ish.. ish... belum masanya lagi.

Lepas ni, siapa lagi kawan dia yang akan telefon?





1 comment:

  1. hehe. comel jer. teringat zaman ana dulu2 tumpang telefon nenek sedara bila kawan nak call

    ReplyDelete