Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition


Hai semua omma-omma jelita.

Jadi mak ni, kita sentiasa nak kan yang terbaik untuk anak. Sampai diorang nak poo poo dan pee pee pun kita nak yang terbaik juga.

Walaupun Cik Ila dah anak 3, masih juga ada masalah nak memilih diaper yang sesuai untuk anak. Sebabnya, kulit depa ni tak sama. Anak sulung dengan kedua, kulit memang takde masalah. Pakai apa pun ok. Tapi bila dengan Aleena ni, kulit dia sensitif sikit. 

Cik Ila berpeluang untuk cuba pakaikan Aleena dengan diaper jenama Goo.N. Korang pernah dengar atau tengok tak diaper Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition. Produk dari Jepun yang boleh dipakai siang dan malam. 
Packaging yang cukup menarik.
Ini kali pertama Aleena mencuba diaper jenis pant. Sebelum ni, memang Cik Ila pakai kan dengan jenis tape. Memandangkan dia dah semakin lasak, agak memudahkan juga bila pakai jenis pant ni. Lagi pulak dengan jenis tape dia dah mula pandai nak tarik-tarik tape tu.


REVIEW: Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition

1. Comel sangat diaper ni. Penuh dengan gambar karektor animasi Doraemon di bahagian depan dan juga belakang. Bukan anak je yang suka, omma pun tersuka juga.
Front View
Back View

2. Cutting yang menarik. Memang tak de masalah kebocoran walaupun pakai sepanjang malam. Juga tiada bekas cengkaman getah pada bahagian pinggang dan peha. Material Goo.N yang lembut dan stretchable membuatkan pergerakan anak lebih fleksibel. Weh lagi laju dia meneroka dalam rumah macam ni. 

3. Yang menariknya, disebabkan diaper Goo.N mempunyai kadar serapan yang tinggi, Aleena sentiasa kering. Memandangkan dia baru saja sembuh dari nappy rash yang agak teruk, Cik Ila agak risau juga pada mulanya. Tapi dengan Goo.N, langsung tiada tanda kemerahan atau ruam walaupun dah pakai dalam tempoh yang lama. Hehehe..dah memang Goo.N technologies dalam mengurangkan ruam kulit pada bayi.

4. Harganya pula cukup berpatutan bagi kualiti hebat diaper ni. Bagi Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition, untuk saiz M ni, RRP adalah RM36.00. Ini bermakna lebih kurang RM0.62 bagi setiap keping. Kira murah lagi lah kan. Hey...kita masuk toilet pun kena bayar 20/30 sen sekali masuk. Berbaloilah.

Susah ke nak cari produk Goo.N?



Cik Ila jarang nampak diaper jenama Goo.N ni di supermarket atau hypemart yang Cik Ila selalu  pergi. Tapi jangan risau, kalau omma-omma kat luar sana nak beli diaper jenama Goo.N ni, boleh je klik je link kat bawah ni.
>>Goo.N<<
>>Goo.N<<
>>Goo.N<<

Selain daripada diper yang yang pelbagai saiz, Goo.N juga ada baby wipe. Baby wipe ni tanpa bau dan tanpa paraben dengan 99% pure water, boleh dapat percuma dengan pembelian paket jumbo. Kalau nak beli saja-saja memang susah nak cari tau. Lagi pulak..... tuh Goo.N Limited Edition Penguin Baby Wipe Box...comel..comel..comel. Dapat kekalkan kelembapan baby wipe dengan lebih lama. Memang susah nak dapat tau. 

So, omma-omma semua. Nak try Goo.N Friend Pants Super Jumbo Doraemon Edition tak?
Nak dapatkan lagi harga yang menarik untuk produk Goo.N, klik link >>LAZADA<<

Post a Comment

1 Comments

  1. Di tesco ade..sy slalu beli ditesco..mmg bgs diaper ni..br ni sy beli ditesco rm25++

    ReplyDelete