Follow Me @noorshafila

Tuesday, April 18, 2017

Krispy Kreme Doughnuts Joy Run 2017


Krispy Kreme  Doughnuts Joy Run @ Larian Spektra Universiti Malaya | Cik Ila kasi nama penuh terus.

15 April lepas, Cik Ila join larian 5km anjuran Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah, University of Malaya. Ini merupakan larian (marathon?) Cik Ila yang kedua untuk tahun ni. Salah satu aktiviti yang Cik Ila dapat ber me-time. Anak-anak kita bagi MR jaga sekejap.


Larian akan bermula  pada pukul 8. Sebelum mula kita kasi warm up dulu dengan senamrobik dan Zumba. Pasal ramai sangat kat depan, kita follow kat belakang je. Entah macam mana lah step yang sebenarnya. Main ikut2 je. Janji ada warm up. Tak de lah otot-otot kita terkejut bila lari nanti.


Ini la running partner Cik Ila. Abang dan kakak kat belakang tu join sekaki masa wefie. Hahaha.. meriah sangat. Masa ni, semua dah excited nak ke depan. Larian dah nak mula. Setting Runkeeper apps dulu. Dia akan record semua maklumat penting untuk larian kita nanti. 


Total larian 5km (Cik Ila terstop awal pulak apps ni)

Bukit paling tinggi 129m - mahu patah pinggang. Siapa pernah masuk UM mesti tahu jalan berbukit dekat kolej ke 10 tu. 

Duration larian dalam 53 minit. Better dari larian pertama Cik Ila dulu.

Total kalori yang dibakar 316. Fuh.


Disebabkan Cik Ila terpisah dengan puan running partner ni, makanya tak de lah gambar-gambar masa ke tabur dengan serbuk warna. Kami jumpa semula dekat finish line. Beratur sama-sama untuk collect donut, goodies bag dan medal.

Bila event ni dah banyak kali dianjurkan, memang ramai lah yang akan turut serta. Memang sesak masa ni untuk collect goodies bag dan medal. Tengah panas lagi, berbelang kulit. Banyak booth disediakan antaranya - milo, indocafe, 7 eleven, 100 plus, Yonex dan macam-macam lagi.



Sambil bersantai rehatkan badan, ada cabutan bertuah. Banyak lah hadiahnya, tapi Cik Ila tak bertuah langsung. Harapan setinggi gunung dok berharap tersangkut nombor tapi langsung tak dak. Hehehe....


Goodies bag dan donut medal.


Comot sangat. Yang penting puas.


Syiok dapat tambah koleksi medal.


Goodies bag meriah dengan freebies. Tambah lg 2 biji krispy kreme donut.
Acaner ni.... lari 5km baru burn 316 kalori. Tak kisahlah janji enjoy.




4 comments:

  1. Bestnyaaa!! trek dia lalu bukit cinta tu ke?
    dah lama tak jogging kat situ. rindunya zaman study :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukit cinta tu, yang lalu depan kolej 10 ka? Adoi...rasa nak tercabut pinggang.

      Delete
  2. Hai.. Singgah sini. Menarik la sharing Cik Ila

    ReplyDelete

Broaden News