Shopping di LAZADA

Breaking

Wednesday, April 05, 2017

Resepi Lepat Labu Cik Ila


Assalamualaikum semua. Cik Ila doakan semua yang sedang baca entri Cik Ila sihat selalu. Cik Ila dah mula selsema ni. Asyik dok sok sek sok sek je. Berjangkit dari Aleena kot. Kesian bam bam tu. Dah seminggu asyik meleleh je hingus dan batuk. Biar lah omma dia ambil semua sakit :)

Hari ni tak de entri wordless wednesday, tapi Cik Ila nak tunjuk hasil lepat labu yang Cik Ila buat sabtu lepas. Sebenarnya, ini kali kedua Cik Ila buat lepat labu, tapi guna resepi yang berbeza. Kali pertama tanpa santan dan kali ni dengan santan. Korang suka makan kuih tradisional macam ni tak? 

Lepat labu Cik Ila
Gambar atas gunakan santan dan gambar bawah tanpa santan
Pada Cik Ila, dengan santan atau tanpa santan, dua-dua pun sedap. Cumanya, bila dah tambah santan of course lah rasanya lebih berlemak. Bila tanya MR, dia pilih yang bersantan tapi anak-anak suka yang tak bersantan. Hahahaha..macam-macam diorang ni tau. Nasib baik lah semuanya intan payung belahan jiwa Cik Ila. Kali ni kita kasi MR menang. Jadi Cik Ila nak kongsi resepi Lepat Labu Cik Ila.


Bahan-bahan lepat labu:

2 cawan labu - rebus empuk dan lenyek
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan santan 
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam
Kelapa parut secukupnya.
Daun pisang - layurkan atas api

Cara-caranya:

1. Campurkan labu, tepung, gula, garam dan santan. Kacau dan gaul sampai semuanya sebati.
2. Ambil adunan dan letakkan di atas daun pisang, letakkan kelapa di atas dan tutup dengan sedikit adunan. Yang ni boleh agak-agak sendiri mengikut saiz daun pisang.


3. Buat sampai habis semua adunan. Dan kukus selama 20-30 minit. Bila dah siap, tutup api dan biarkan sejuk dulu.

Senangkan resepinya. Dulu-dulu masa stay dengan mak abah di kampung, rajin juga mak buat. Cik Ila tukang makan je. Sekarang, jadi tukang buat untuk MR dan anak-anak makan. Hehehe..... 

Selamat mencuba.

3 comments:

  1. menarik.tak pernah makan kelupis labu.(^_^)

    ReplyDelete
  2. Nampak sedaplah lepat labu nie.. Cik Ila bleh jual la lepas nie, mana tau kan..

    ReplyDelete
  3. Saya kurang gemar sangat lepat-lepat and labu ni. tapi mak saya memang suka kalau buat macamni hehe.

    ReplyDelete