Yoki Radiant Powder atasi ruam lampin


Cik Ila pening kepala bila nappy rash Aleena tak hilang-hilang. Dah masuk 7 bulan baru nak jadi. Mungkin sebab dah mula makan atau pun sebab tukar jenama diapers. Lebih dua minggu juga lah meragamnya sebelum Cik Ila dapat bedak Yoki Radiant Powder ni. Asal buka lampin je, terus tangan dia nak menggaru. Alahai sian betul. Bawa ke klinik hanya dapat calamine cream saja. Tapi tak baik-baik juga.
Yoki Radiant Powder atasi ruam lampin

Masa kakak dan abang dia dulu, dah beli Yoki Radiant Powder ni siap-siap buat stok. Jadi memang tak de masalah nappy rash. Itu 6-7 tahun lepas. Masa Aleena, makcik yang menjual bedak ni dah tak menjual lagi di pasar kat kampung. Tiap-tiap minggu mak tolong cari di pasar tapi memang dah tak de yang menjualnya.

Kebetulan pula adik ipar nak balik Kelantan masa cuti sekolah hari tu, terus minta dia tolong belikan.
Bila dah dapat bedak ni dan pakaikan pada Aleena. Alhamdulillah...tak sampai sehari pakai tak de lagi merah-merah da gatal.
Yoki Radiant Powder atasi ruam lampin
Alang-alang dah beli, setengah dozen terus Cik Ila beli. Setengah dozen RM15.
Bukan setakat nappy rash dan gatal je, bedak ni juga boleh guna sebagai deodorant. Haaa...siapa ada masalah bau badan atau pun kaki berbau pun boleh guna juga.

Meh kita tengok sikit tentang Yoki Radiant Powder ni.

Yoki Radiant Thai Herbal Powder Product of Thailand
Reduce Itchy, Rash Skin Treatment
Usage: Apply the powder on your skin to prevent the sweat, acne itchy and rashes.
It can be used additionally as a deodorizer for your feet before wear socks and shoes.
Ingredients: Talcum Powder, Zinc Oxide, Kaolin, Boric Acid, Borneol, Champhor, Calamine and Menthol.





Post a Comment

4 Comments

  1. Tak pernah tengok pula benda ni hehehe. kalau mak budak tahu lah kot. saya adik kecik pun takdak.

    ReplyDelete
  2. kat tempat saya macam tak popular bedak jenis ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Popular belah utara dan kelantan rasanya. Sebab dekat dengan Thailand. Tapi dalam amazon dan e-bay pun ada.

      Delete