Follow Me @noorshafila

Tuesday, May 23, 2017

Powercat The Meow Fun Run


Powercat The Meow Fun Run | Ini merupakan larian 5km yang ketiga untuk tahun ni tak termasuk 1 VR yang Cik Ila dah buat awal bulan hari tu. Tujuan larian ini adalah untuk membantu mengumpul dana untuk rumah perlindungan kucing yang memerlukan yang dianjurkan oleh Powercat dengan kerjasama Majalah Haimeow. Terdapat dua kategori iaitu 5 km Fun Run dan 1.5 km Cat Walk. Bagi kategori Cat Walk peserta kan berjalan sambil membawa kucing masing-masing. 

Race-Kit Collection (RKC)

RKC bagi larian ini diadakan di Outlet Ultron di NU Central. Bagi Cik Ila yang tak pernah ke NU Central jadi jakun sekejap. Melilau juga mencari parking masuk ke situ. Sampai di Ultron, tak ramai orang masa tu. Dalam 4 atau 5 orang saja. Event Tee dan Bib pun dimasukkan dalam beg plastik saja. So tak de goodies bag.

Race Day

Awal pagi lagi hujan dan turun. Disebabkan MR kerja, dia sepatutnya balik pagi tu. Hehehe...nak kena tinggalkan 3AA tu dengan abah lah. Dalam 6.20 pagi baru MR sampai. Angkat semua anak-anak masuk dalam kereta. MR hantar Cik Ila ke UPM dulu dan bawa anak-anak ke pejabat di di Putrajaya. Masa sampai di UPM, hujan renyai baru je berhenti dan peserta larian dan makin ramai yang sampai. 

Sesi warmup diadakan selama lebih kurang 15-20 minit. Flag off untuk kategori 5km fun run pada pukul 7.30 pagi. Dan ikuti dengan kategori 1.5 km catwalk. Adoi..keluar je dari stadium terus naik bukit. Keseluruhannya ada 3 laluan bukit hari tu. Memang berjalan je masa mendaki bukit. Patah kaki rasa. Station air hanya selepas 3 km berlari baru ada. Itu pun hanya air mineral dan bukannya air isotonik. Huh...ok juga lah daripada takde langsung. 

Event Route
Sampai je garisan penamat terus diberi finisher medal dan sijil. Untuk larian kali ini, Cik Ila berjaya pecahkan PR larian 5km sebelum ni. InsyaAllah kena training hard lagi selepas ni. 

The Medal
Aktiviti sampingan selepas event

Face painting
Best cat costume
Cat adoption
Gerai jualan - kebanyakan produk untuk kucing
Cabutan bertuah - Cik Ila menang dapat makanan kucing





Akhir sekali,




No comments:

Post a Comment

Ad Banner