Berjaya juga azam tahun ini

Assalamualaikum :)

Omo... omo... omo... lamanya tuan rumah menyepi. Ada yang rindu tak? Sibuk betul dua-tiga bulan kebelakangan ni. Nak mengadap komputer menaip entry pun tak sempat dicampur pulak dengan penyakit M, memang tak boleh nak buat entry langsung. Padahal banyak cerita yang nak dikongsikan sebenarnya. Slow slow CI kongsikan ye.

Okeylah, untuk hari ni, jom nak cerita sikit. Sikit je tau :)

Dah tak berapa lama lagikan 2017 nak melabuhkan tirai. Lebih sikit dua minggu je lagi. Azam korang untuk tahun ni dah tercapai ke? Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun membuat azam yang satu ini, akhirnya tercapai juga. Fuhh..lega betul. Ada yang boleh agak tak? Rasanya ini azam yang paling banyak sekali yang kaum2 hawa macam CI buat. Dah boleh agak ke? Korang tengok gambar pun mesti dah boleh teka.




9 tahun berkahwin dan dah mempunyai 3 orang anak CI  dah nekad. Bersalin anak ketiga mesti nak turunkan berat badan. Mana taknya, lepas lahirkan anak kedua, berat CI kekal pada angka 78 kg.  Mula awal tahun ni, CI mula join aktiviti lari 5 km sebulan sekali. Tapi tak berapa nak turun lagi. Mula join zumba di tempat kerja setiap jumaat dan buat juga di rumah.

Bulan puasa, Mulut naik ulser. Awal puasa dan hujung puasa. Mungkin sebab kurang air, pam susu dan menyusu Aleena. Masa ni berat dah mula drop. Zumba buat juga lagi tapi di rumah. Semua orang tegur sakit ke? Bila ada orang tanya ni, CI pun mula risau dibuatnya sampai jumpa doktor lah. Alhamdulillah, takde apa2.

Seterusnya makan macam biasa dan kurangkan minuman bergula, air bergas. Tak boleh lah nak makan nasi sesenduk je. CI pernah buat diet atkins sebelum ni, memang turun tapi bila stop berat naik mendadak. Tapi kebelakangan ni makin kerap pula ambil teh o ais, teh ais dan nescafe 3 in 1. Lepas tu mula cuak sendiri.

Oh ye.. berat sekarang ni 53 kg ye. Buat aktiviti macam biasa yang dah CI buat ni, so far masih maintain. Bila dah turun berat ni, semua pakaian dah macam guni bila pakai. Huhuhuh..

OK ye, CI hutang entry 2 entri lari, tunggu lah bila rajin nanti.


Bye bye bye


psst, CI tu Cik Ila ye :) malas nak tulis panjang2.


Post a Comment

3 Comments

  1. tahniah dah tercapai azam.. :)

    ReplyDelete
  2. wow tahniah azam tercapai! Sama la dulu ada buat atkins tapi bila stop naik mendadak pastu nak start balik memang tak mampu dah

    ReplyDelete