The Mumsy Journal

Tuesday, June 19, 2018

Sempena hari baik dan bulan baik ini,
Cik Ila dan keluarga ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf di atas segala salah dan silap.

teamrayaperak

Memandangkan anak2 yang dah makin membesar,
dan dah pandai buat pilihan sendiri,
maka, tema kami sekeluarga tahun ini adalah caca merba.

Paling sadis, si kecil tu tak nak pakai baju raya,
kalau acik-acik semua perasan, kat baju yang dia pakai tu ada gambar baby shark.
Hahaha.. ibu redha dan berserah.

Tahun ni kami beraya di Perak,
#teamrayaperak
Siapa lagi yang raya di Perak?

Friday, June 08, 2018

Salam Ramadan semua.

3 bulan blog ni terabai. Maaf ye. Sibuk betul di tempat kerja. Bila dah balik ke rumah, sibuk pula dengan anak-anak dan suami. Lepas tu dah malas nak mengadap laptop. Dari sehari ke sehari, mula lah ketandusan idea untuk menulis. Apa-apa pun, dengan ramadan yang masih berbaki ini, saya ambil kesempatan untuk ucapkan "Selamat Berpuasa". Macam mana puasa kawan-kawan semua? 

Tahun ni, Alfeey, hero bujang sy tu mula berpuasa. Alhamdulillah, belum tinggal lagi. Tapi badan nampak macam dah kerempeng. Setakat ini masih belum lagi buat permintaan untuk berbuka awal.  Mungkin kerana dia tengok Alisha relax je tak sebut pasal lapar. Tapi kira hebat juga lah sebab dia boleh berpuasa penuh berbanding dengan Alisha yang baru mula puasa penuh bila dah masuk tahun 2. Ibu dia pun dulu2 puasa separuh hari je masa tahun 1. 

Cerita pasal puasa Alfeey, minggu pertama ramadan, kalau tak sekolah, dia kerja tidur je kalau tak de buat apa-apa. Bila masuk minggu kedua, dah melasak balik. Kat rumah tu, berlari, melompat, mengacau orang... semua dia buat. Masuk pukul enam, dia akan ulang bertanya, ibu, dah azan ke? ibu, dah azan ke? Lepas tu dia azan sendiri. Haih.... macam-macam dia ni. Bangun sahur, hari-hari nak nasi goreng telur je. Bertambah-tambah pula. Tapi yang lagi penting, tahun ni juga dia dah boleh solat sendiri. Alhamdulillah, berpuasa dan solat. 

Cabaran besar anak-anak di bulan Ramadan kali ni rasanya adalah peperiksaan. Periksa sekolah kebangsaan sepanjang minggu lepas dan sekolah agama bersambung ke minggu ini. Sy yang dewasa ni pun kalau masuk dewan periksa kena dalam bulan puasa, lemau je rasa badan. Mula lah nak menguap tak berhenti-henti.

Betul-betul berfikir tu sampai dua2 tangan di kepala.
Alhamdulillah, walaupun menduduki peperiksaan dalam keadaan berpuasa. Keputusan peperiksaan sekolah kebangsaan sangat cemerlang. 'Salute' lah anak-anak ibu. Jom terus cemerlang dalam semua perkara. Lebih-lebih lagi ramadan yang sudah sampai ke hari2 terakhir ni. Assalamualaikum :)



Monday, March 12, 2018

Tarikh 1 Mac sehingga 30 April setiap tahun merupakan tarikh bagi ibu bapa untuk membuat permohonan pendaftaran secara talian bagi kemasukan murid tahun 1 ke sekolah rendah (kerajaan) bagi seluruh negeri di Malaysia. Permohonan Online Murid Tahun 1 menggunakan Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM). 


Sebagai panduan, boleh rujuk di sini 👉  Permohonan Online Murid Tahun 1 Sesi 2018

Note:
  1. Pastikan semua dokumen yang diperlukan dah ada depan mata semasa membuat permohonan. 
  2. Jangan skip apa-apa pun maklumat yang di minta.
  3. Bagi maklumat imunisasi, kalau hilang/tak complete, cari rekod imunisasi di klinik yang korang pergi semasa ambil imunisasi. Kalau memang dari awal tak ambil imunisasi, boleh tanya di JPN sebab Cik Ila tak tau.
  4. Hanya boleh kemaskini sebanyak 3 kali. Jadi, pastikan korang dah periksa betul-betul permohanan tu. Kalau boleh, periksa sekolah yang korang nak pohon tu. Sekolah lelaki atau perempuan. Kalau dah terjadi juga dan tak boleh kemaskini lagi, boleh email bahagian teknikal di SPAT. Email: daftartahun1@moe.edu.my sebab kita dah tak boleh buat apa2 dah.
  5. Dah siap, jangan lupa print maklumat permohonan dan serahkan pada pihak sekolah untuk proses perakuan/pengesahan. Dokumen tak perlu disahkan. Tapi ingat ye, buat salinan semua dokumen yang diperlukan.
  6. Jangan lupa bawa bersama sampul surat bersetem dan bertulis alamat anak. Sesetengah sekolah, dah siap sediakan. Bayar je.
  7. Tunggu saja untuk status penempatan nanti dalam bulan Julai.

Good Luck!!

Wednesday, February 28, 2018



PETALING JAYA, 28 Februari 2018 – Dutch Lady Malaysia hari ini mengesahkan bahawa semua produknya adalah selamat dan memenuhi standard keselamatan makanan Malaysia dan antarabangsa.  Hal ini telah disahkan oleh keputusan ujian rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Keputusan makmal KKM adalah 100% selaras dengan ujian bebas Dutch Lady Malaysia yang dijalankan oleh makmal-makmal yang diakreditasi di Malaysia dan Singapura.  Penyiasatan yang dijalankan oleh Dutch Lady seterusnya mengesahkan bahawa hanya produk Dutch Lady yang sahih sahaja dijual di pasaran.

“Kami merasa sukacita dengan keputusan yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan yang menyokong penemuan kami sebelum ini bahawa tiada sebarang kekurangan dari segi kualiti produk dan susu kami adalah selamat untuk diminum.  Kami juga gembira bahawa penyiasatan kami turut mengesahkan bahawa semua produk Dutch Lady yang dijual di Malaysia adalah produk yang sahih,” kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia.

“Dutch Lady telah beroperasi di Malaysia sejak 55 tahun dan kesihatan serta kesejahteraan para pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas sokongan dan kepercayaan mereka yang berterusan terhadap jenama kami,” Gupta menambah.

Untuk pertanyaan lanjut tentang produk Dutch Lady, sila hubungi talian Dutch Lady Careline di 1800-88-1191 atau melalui e-mel di dutchladycareline@frieslandcampina.com.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dutchlady.com.my/milkbatchinvestigation.

- Tamat   -


Mengenai Dutch Lady Milk Industries Berhad

Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) merupakan syarikat tenusu utama di Malaysia. Ia dimiliki oleh sebuah syarikat kerjasama tenusu terbesar di dunia,  FrieslandCampina, sebuah syarikat tenusu multinasional Belanda.

Dutch Lady Malaysia merupakan syarikat susu pertama yang tersenarai dalam Bursa Malaysia pada tahun 1968 dan merupakan yang pertama memperkenalkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak di Malaysia pada tahun 1988. Dutch Lady Malaysia, yang menerima anugerah sebagai Company of the Year 2014 oleh The Edge Billion Ringgit Club, mengeluar dan menjual pelbagai jenis produk tenusu yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan eksport, dengan semua produk yang digemari ramai seperti jenama Dutch Lady dan Friso Gold™.

Menerusi kolaborasi unik antara FrieslandCampina dan empat institut/universiti penyelidikan antarabangsa, kami telah menjalankan kajian South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) untuk mengkaji status pemakanan yang tidak mencukupi bagi kanak-kanak Asia Tenggara sehingga usia 12 tahun.

Mengenai Royal FrieslandCampina

Setiap hari, Royal FrieslandCampina membekalkan makanan yang kaya dengan nutrien penting kepada berjuta-juta pengguna di seluruh dunia. Dengan hasil tahunan sebanyak 11.4 bilion euro, Royal FrieslandCampina merupakan salah satu daripada lima buah syarikat tenusu terbesar di dunia, membekalkan produk pengguna dan profesional, serta bahan-bahan dan produk separuh siap untuk industri makanan dan sektor farmaseutikal di seluruh dunia. Royal FrieslandCampina mempunyai pejabat-pejabat di 28 buah negara dan hampir 22,000 orang pekerja, dan produk-produknya boleh didapati di lebih daripada 100 buah negara. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh Zuivelcoöperatie FrieslandCampina U.A, dengan 19,244 orang ahli penternak tenusu di Belanda, Jerman dan Belgium – menjadikannya salah satu dari koperasi tenusu terbesar di dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: 

Perhubungan Media

Shamsidar Yahya Nassim
Dutch Lady Milk Industries
Tel: 03-7953 2600 603

Iskandar Fareez/ Henry Khoo 
Text100 Malaysia 
Tel: 03-2282 2152/ 018-212 5155 
 


Wednesday, February 07, 2018




[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

No automatic alt text available.

Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.


Image may contain: text



Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
    1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance



    Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal.

    Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;





  1. Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan


  2. Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K


  3. Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan


  4. Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan


  5. Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun


  6. Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa


  7. Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;



  8. Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi
  9.           - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
              - Dibayar kepada penama



  10. Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
  11.           - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
              - Dibayar kepada orang yang membayar insurans



  12. Kematian disebabkan oleh kemalangan
  13.           - 2X ganda daripada amaun keseluruhan
              - Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama



  14. Penyakit kritikal
  15.           - 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
              - Dibayar kepada orang yang membayar insurans


    Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview


    2. AXA 200 Cancer Care

    Image result for axa 200 cancer care


    Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.


    Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;



  16. Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans


  17. Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur


  18. Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K


  19. Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun


  20. Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma


  21. Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun


  22. Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital


  23. Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care


  24. Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser  sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.


    Image may contain: text



    Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;



  25. Manfaat untuk Rawatan Terapi
  26. Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan menerima bayaran insurans minimum RM30K.



  27. Manfaat Untuk Sembuh
  28. Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.



  29. Pendapat Perubatan Kedua
  30. Apabila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.



  31. Manfaat untuk Penama
  32. Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penama akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.


  33. Servis Penjaga
  34. Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.


  35. Baucer Pemeriksaan Kesihatan
  36. Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian pakej AXA 200 Cancer Care.

    Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview


    3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

    Image result for pet insurance

    Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal.

    Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

    Related image




  37. Dijamin oleh MSIG


  38. Bayaran Premium bermula RM18/sebulan


  39. Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K


  40. Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K


  41. Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K


  42. Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K


  43. Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun


  44. Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.




  45. Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;




  46. Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
  47. Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.



  48. Manfaat Kematian
  49. Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.


  50. Manfaat Untuk Pengebumian
  51. Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.


  52. Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang
  53. Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.


  54. Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
  55. Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.


  56. Liabiliti Pihak Ketiga
  57. Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.

    Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview


    Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet

    Image may contain: text


    Mudah Digunakan

    Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda.

    Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

    Image may contain: text

    Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

    Harga Yang Berpatutan

    No automatic alt text available.

    Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

    Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

    PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;

    Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html


    Monday, February 05, 2018

    Salam Februari semua. Rasa macam sekejap saja sudah selesai sebulan kita di tahun 2018. Dah ada yang merancang percutian ke? Mac nanti ada cuti sekolah kan. Macam akak yang ada anak bersekolah ni, memang nak kena tunggu long weekend atau pun cuti sekolah yang panjang lah baru nak merancang holiday. Bercerita tentang holiday, ada benda yang akak nak share dalam ni. Sebut pasal percutian, mestilah berkaitan dengan dengan tempat penginapan dan tempat-tempat yang menarik yang boleh korang lawati! .Apa yang akak nak share ni sebuah hotel yang sesuai sangat kepada korang yang nak holiday ke luar negara mahu pun di bandaraya Kuala Lumpur. Dengan harga yang ditawarkan sangat tak masuk akal, serendah RM200++, kita boleh nikmati keselesaan penginapan hotel yang tip top.

    Tune Hotel KLIA2

    Hotel yang akak maksudkan ini ialah Tune Hotel KLIA2. Haaa pernah dengar tak nama hotel ini? Bagi yang biasa travel, korang mesti pernah menginap di Tune Hotel KLIA2 kan… dan bagi yang tak pernah dengar, korang layan je akak nak cerita apa yang menarik sangat tentang hotel ni. Untuk pengetahuan korang, Tune Hotel KLIA2 ialah Airport Transit Hotel yang terletak di Sepang. Ia bersambung terus ke terminal klia2 melalui laluan pejalan kaki yang berbumbung. So senang la kepada korang yang tinggal jauh tu nak pergi melancong ke luar atau pun dalam negara. Tak perlu pening kepala nak fikir tentang masa untuk drive ke airport dan parking. Naik je grab atau uber dan menginap di Tune Hotel KLIA2 ni. Yelah tak kan flight korang petang ni, hari ni juga korang baru nak datang ke KLIA2 ni betol tak? Lain lah kalau korang memang ada orang yang menghantar ke sana. Hello….timing kena betul. Karang tak pasal2 tertinggal kapal terbang pulak. Menangis.

    Tune Hotel KLIA2 ni menawarkan bilik bilik yang berkonsepkan modern kotemperori. Terdapat lapan jenis bilik yang disediakan di sini di mana setiap bilik di sini mempunyai kelebihan yang tersendiri dengan harga yang berbeza. Walaupun harga yang berbeza bagi setiap bilik, tapi harga yang di tawarkan di sini sangat berpatutan. Antara bilik yang boleh korang pilih ialah Double Room, Double room with breakfast, Twin room, Twin room with breakfast, Premium queen room, Premium queen room with breakfast dan banyak lagi . Macam hotel yang lain juga, Tune Hotel KLIA2 ni juga menawarkan perkhidmatan TV satelit skrin rata, peti keselamatan, meja, bilik mandi peribadi yang menyediakan pancuran mandian, pengering rambut serta kelengkapan mandian percuma. Selain itu, kemudahan wifi percuma juga turut disediakan kepada sesiapa yang menginap di hotel ni. Bukan itu sahaja, hotel ni juga mempunyai ruang untuk korang berehat-rehatkan badan korang yang letih tu.  Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang survey dulu. Bukan apa, nanti kalua akak senaraikan semuanya kat sini, dah tak surprise lah nanti. Senang nanti korang nak buat pilihan  mengikut budget yang dah ditetapkan.

    Tune Hotel KLIA2

    Yang bestnya lagi, hotel ni terletak bersebelahan dengan Gateway @ klia2, kompleks beli-belah dan tempat hiburan. So sempatlah kalau korang nak shopping atau dating sebelum nak naik flight tu. Mana la tau kalau-kalau flight orang delay atau pun duration flight korang tu lapan jam ke atas. Boleh lah kita enjoy dulu sambil menunggu tu.

    Kalau korang nak tahu lagi, hotel ni terletak berhampiran dengan Litar sepang F1 yang terkenal tu. So, untuk korang yang suka tengok lumba-lumba ni korang boleh la stay di Tune Hotel ni bila perlumbaan pusingan di Malaysiaberlangsung. Kalau tak silap aku november nanti. Lebih kurang 6 minit sahaja masa yang diambil untuk ke Litar F1 Sepang dari hotel ini.

    Tune Hotel KLIA2

    Ok, itu sahaja perkongsian akak dengan korang pasal Tune Hotel KLIA2 ni. Oh! Lupa pula akak nak bagitau, Tune Hotel KLIA2 ini merupakan salah satu hotel yang terbaik di Sepang. Sebabnya, ramai tetamu yang pernah menginap di sini berpuas hati dengan servis, fasiliti dan bilik yang disediakan. Kalau nak tahu lebih lanjut apa yang ditawarkan di Tune Hotel KLIA2 korang boleh find out Tune HotelKLIA2 on Traveloka sekarang! Jangan lepaskan peluang tau J

    Image source: google

    Thursday, January 18, 2018

    MEDIA ALERT

    Everyone’s a hero in Cartoon Network’s Newest Show
    ‘OK K.O.! Let’s Be Heroes’ launches on January 20

    K.O. will be a great hero… when he grows up


    MALAYSIA, 17 January 2018K.O. may one day be the greatest hero but for now, he’s the greatest fanboy. Created by Ian Jones-Quartey, OK K.O.! Let’s Be Heroes! is the latest Cartoon Network original series to launch in Malaysia.

    Premiering this Saturday, 20 January at 11.00 am on Cartoon Network (Astro Ch 616), the show follows K.O., a brave kid living in a video game inspired world filled with superheroes. Being the young fighter that he is, K.O. tackles everything with his cheery, endless enthusiasm, including his job at Gar’s Bodega in Lakewood Plaza, a one-stop shop for all heroes.

    In K.O.’s eyes, every person is a hero to look up to, every challenge is a chance to grow stronger and every success or failure is just another stepping stone to becoming the ultimate hero.

    While you watch, try out your own super radical moves against the evil Lord Boxman in the accompanying mobile game, OK K.O.! Lakewood Plaza Turbo is available for free on Google Play and the App Store.

    To celebrate the premiere, Cartoon Network will host a one-month Watch & Win Contest on Facebook from 23 January onwards for three (3) lucky winners to take home a range of goodies each week! Like the Cartoon Network Asia Facebook page to stay updated.

    Plus, the fun and excitement does not stop there! From 27 January onwards, fans can also show their love for their favourite OK K.O.! characters by joining Cartoon Network Asia’s Sketch Saturdays by submitting their drawings for a chance to be featured and credited on the official page - find out more on the Cartoon Network Asia’s Facebook Page.

    OK K.O.! Let’s Be Heroes premieres on Saturday, 20 January, at 11.00 am on Cartoon Network (Astro Ch 616). For latest updates, visit CartoonNetworkAsia.com or the Cartoon Network Asia Facebook Page.

    Watch TV Promo



    Meet the Characters: 


    KO is a brave young fighter who wants to become the greatest hero ever, but he’s still just a kid. KO’s innocence and naivetĂ© combine with his heroic ambitions to make him ENDLESSLY ENTHUSIASTIC!!! Nothing gets him down because he sees every success and failure as just another step in his epic journey. Whether it’s mopping the floor with an evil robot or just mopping the floor with a mop, he tackles everything with equal zeal and his internal monologue is like an overblown narration to a bombastic action movie.


    Enid is the super lax, super sarcastic ruler of the front counter at Gar’s who loves bossing Rad and KO around. In fact, her job would be perfect if she could just prop her feet up on the counter all day and chill, if it weren’t for those annoying customers and their annoying needs. She is extremely skilled in all manner of martial arts and cash register arts. Plus, she can use her kicks to dice a pineapple in mid-air, much to K.O. and Rad’s amusement. Everyone wishes they were as badass as she is.


    Radicles is a huge meathead alien with magical powers, who works at Gar’s as a stock boy. A macho jock, he’s got an ego as big as his muscles. He’s also the self-appointed keeper of all Lakewood lore and legend. Radicles always thinks he knows the best way to deal with any situation, and won’t hesitate to, wrongly, teach KO the ways of the world.


    CAROL ​is KO’s ultra strong mom, who trained him from birth. ​She’s kind of a Mister Miyagi type sensei for KO­ she finds a unique way of helping him through his issues. When he comes to her for help and advice, she speaks in poetic metaphors that usually take him a while to understand. She loves KO a lot, and he can find this super embarrassing!
    Carol runs the fitness dojo. She used to be a great hero alongside Mr. Gar, but has been happy to settle down into a quieter life at the plaza. She knows all about Mr. Gar’s crush and finds it hilarious. 

    Mr. Gar is ­owner and founder of the plaza. He’s one of the most powerful and honourable figures around. Treats our heroes like his dutiful army, training them and teaching them about what’s right. Everybody looks up to him as a father figure. 


    About Cartoon Network Asia Pacific

    Turner’s Cartoon Network, the number one kids’ channel in Asia Pacific, offers the best in original animated content including the multi-award-winning global hits Ben 10, The Powerpuff Girls, OK K.O.! Let’s Be Heroes, Adventure Time and We Bare Bears.

    Cartoon Network is available in 29 countries throughout Asia Pacific and is currently seen in more than 135 million pay-TV homes. Internationally, it is seen in 192 countries and over 400 million homes, and is an industry leader with a global offering of the best in award-winning animated entertainment for kids and families.

    The brand is known for putting its fans at the centre of everything by applying creative thinking and innovation across multiple platforms. Cartoon Network also reaches millions more through its websites, games and apps, including Cartoon Network Watch and Play and Cartoon Network Anything. Cartoon Network, sister brand to Boomerang, POGO and Toonami, is created and distributed by Turner, a Time Warner Company.

    About Turner Asia Pacific

    Turner Asia Pacific creates and distributes award-winning brands throughout the region, running 63 channels in 14 languages in 42 countries. These include CNN International, CNNj, CNN, HLN, Cartoon Network, Adult Swim, Boomerang, POGO, Toonami, Warner TV, Oh!K, TNT, TCM Turner Classic Movies, truTV, MondoTV, TABI Channel, Tabi Tele, Mondo Mah-Jong TV, and HBO, HBO HD and WB in South Asia. Turner manages the business of Pay- and Free-TV-channels, as well as Internet-based services, and oversees commercial partnerships with various third-party media ventures; it teams with Warner Bros. and HBO to leverage Time Warner’s global reach. Turner Broadcasting System Asia Pacific, Inc. (“Turner Asia Pacific”) is a Time Warner company.


    Happy watching guys :)

    Follow Me @noorshafila