Permohonan Online Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020

Tarikh 1 Mac sehingga 30 April setiap tahun merupakan tarikh bagi ibu bapa untuk membuat permohonan pendaftaran secara talian bagi kemasukan murid tahun 1 ke sekolah rendah (kerajaan) bagi seluruh negeri di Malaysia. Permohonan Online Murid Tahun 1 menggunakan Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM). 


Sebagai panduan, boleh rujuk di sini 👉  Permohonan Online Murid Tahun 1 Sesi 2018

Note:
  1. Pastikan semua dokumen yang diperlukan dah ada depan mata semasa membuat permohonan. 
  2. Jangan skip apa-apa pun maklumat yang di minta.
  3. Bagi maklumat imunisasi, kalau hilang/tak complete, cari rekod imunisasi di klinik yang korang pergi semasa ambil imunisasi. Kalau memang dari awal tak ambil imunisasi, boleh tanya di JPN sebab Cik Ila tak tau.
  4. Hanya boleh kemaskini sebanyak 3 kali. Jadi, pastikan korang dah periksa betul-betul permohanan tu. Kalau boleh, periksa sekolah yang korang nak pohon tu. Sekolah lelaki atau perempuan. Kalau dah terjadi juga dan tak boleh kemaskini lagi, boleh email bahagian teknikal di SPAT. Email: daftartahun1@moe.edu.my sebab kita dah tak boleh buat apa2 dah.
  5. Dah siap, jangan lupa print maklumat permohonan dan serahkan pada pihak sekolah untuk proses perakuan/pengesahan. Dokumen tak perlu disahkan. Tapi ingat ye, buat salinan semua dokumen yang diperlukan.
  6. Jangan lupa bawa bersama sampul surat bersetem dan bertulis alamat anak. Sesetengah sekolah, dah siap sediakan. Bayar je.
  7. Tunggu saja untuk status penempatan nanti dalam bulan Julai.

Good Luck!!

Post a Comment

7 Comments

  1. sekarang sistem smua kena buat online.. hehe... mudah dah , tak yah beratur macam dulu2

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/pengalaman-anak-kena-gangguan-barang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lady Shah. Memudahkan dan mungkin agak berat bagi yang'buta IT'. Tapi belum pernah lagi dengar anak tak sekolah sebab tak tahu nak buat permohonan online.

      Delete
  2. tunggu cucu pulak masuk sekolah, anak anak dah besar

    ReplyDelete
  3. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  4. Nice sharing Cik Ila.. Lama tak jenguk kat blog awak...

    ReplyDelete