Cerita puasa anak-anak

Salam Ramadan semua.

3 bulan blog ni terabai. Maaf ye. Sibuk betul di tempat kerja. Bila dah balik ke rumah, sibuk pula dengan anak-anak dan suami. Lepas tu dah malas nak mengadap laptop. Dari sehari ke sehari, mula lah ketandusan idea untuk menulis. Apa-apa pun, dengan ramadan yang masih berbaki ini, saya ambil kesempatan untuk ucapkan "Selamat Berpuasa". Macam mana puasa kawan-kawan semua? 

Tahun ni, Alfeey, hero bujang sy tu mula berpuasa. Alhamdulillah, belum tinggal lagi. Tapi badan nampak macam dah kerempeng. Setakat ini masih belum lagi buat permintaan untuk berbuka awal.  Mungkin kerana dia tengok Alisha relax je tak sebut pasal lapar. Tapi kira hebat juga lah sebab dia boleh berpuasa penuh berbanding dengan Alisha yang baru mula puasa penuh bila dah masuk tahun 2. Ibu dia pun dulu2 puasa separuh hari je masa tahun 1. 

Cerita pasal puasa Alfeey, minggu pertama ramadan, kalau tak sekolah, dia kerja tidur je kalau tak de buat apa-apa. Bila masuk minggu kedua, dah melasak balik. Kat rumah tu, berlari, melompat, mengacau orang... semua dia buat. Masuk pukul enam, dia akan ulang bertanya, ibu, dah azan ke? ibu, dah azan ke? Lepas tu dia azan sendiri. Haih.... macam-macam dia ni. Bangun sahur, hari-hari nak nasi goreng telur je. Bertambah-tambah pula. Tapi yang lagi penting, tahun ni juga dia dah boleh solat sendiri. Alhamdulillah, berpuasa dan solat. 

Cabaran besar anak-anak di bulan Ramadan kali ni rasanya adalah peperiksaan. Periksa sekolah kebangsaan sepanjang minggu lepas dan sekolah agama bersambung ke minggu ini. Sy yang dewasa ni pun kalau masuk dewan periksa kena dalam bulan puasa, lemau je rasa badan. Mula lah nak menguap tak berhenti-henti.

Betul-betul berfikir tu sampai dua2 tangan di kepala.
Alhamdulillah, walaupun menduduki peperiksaan dalam keadaan berpuasa. Keputusan peperiksaan sekolah kebangsaan sangat cemerlang. 'Salute' lah anak-anak ibu. Jom terus cemerlang dalam semua perkara. Lebih-lebih lagi ramadan yang sudah sampai ke hari2 terakhir ni. Assalamualaikum :)



Post a Comment

0 Comments