Korban 2018

Assalamualaikum semua..... walaupun dah seminggu berlalu, Cik Ila nak ucapkan juga Salam Aidil Adha kepada semua. Selamat kembali bekerja dan selamat kembali ke sekolah kepada anak-anak selepas seminggu bercuti. Mesti seronok dapat balik kampung beraya bersama saudara mara walaupun sedikit perit bagi mereka yang terpaksa menempuh kesasakan jalan raya. Syawal lepas, hampir 11 jam tempuh perjalanan dari Gerik ke Puchong. Jadi, Aidil Adha tahun ni beraya di Puchong saja. Lagi pun, big boss terlibat dengan Program Korban. Hari pertama di masjid besar dan hari kedua di kawasan rumah. 

Korban 2018

Setahun sekali dapat terlibat dengan program-program macam ni seronok sangat. Tahun lepas pun ada juga sebenarnya. Tapi tahun ni lebih meriah sebab ramai yang melibatkan diri. Siap ada baju lagi. Big boss awal-awal lagi dah bagi tau yang dia dah orderkan baju untuk Cik Ila sekali. Tu nak bagi hint untuk Cik Ila terlibat sama lah tu. Baik boss... patik menurut perintah :) Anak-anak bertiga tu pun seronok je.

Gambar-gambar sepanjang progam

Korban 2018
Dua hari sebelum di korbankan. Aleena tak takut langsung, ibu pulak yang seriau tangok dia makin dekat,

Korban 2018
Big boss buat apa tu?

Korban 2018
Masak-masak untuk kenduri tengah hari nanti

Korban 2018
My No 1: "Kakak tak tahan lah bau darah ibu."

Korban 2018
My No 2: Main je kerja dia. Ke sana-sini berlari. Ada pulak kawan sekolah dia sekali.

Korban 2018
My No 3: Selangkah ibu, selangkah dia. Muka tak puas hati sebab orang snap gambar dia.

Thanks for reading.

Post a Comment

1 Comments