HOPE (2013)

HOPE 2013
HOPE (SO-Won) mengisah perjuangan hidup sebuah keluarga selepas tragedi yang menimpa anak perempuan mereka So-Won, yang berumur 8 tahun. Berdasarkan sebuah kisah benar yang telah berlaku pada tahun 2008, filem ini diarah oleh Lee Joon Ik dan mula ditayangkan pada Oktober 2013. Pelakon yang membintangi HOPE adalah Sol Kyung-gu, Uhm Ji-won dan Lee Re.

PLOT

So Won tinggal di dalam sebuah keluarga yang bahagia. Ibunya menjaga kedai manakala bapanya bekerja di sebuah kilang.  So Won menggemari Kokomon sebuah watak di dalam rancangan TV. Pada suatu hari yang hujan, So Won berjalan bersendirian ke sekolah telah di sapa oleh seorang lelaki. Tragedi menimpa So Won apabila dia diculik oleh lelaki tersebut, dipukul dan diperkosa. Kesan daripada tragedi itu, So-Won telah mengalami kecederaan di muka dan pendarahan diseluruh badannya dan tidak sedarkan diri. Luluh hati kedua orang tuanya bila doktor memberitahu, So Won mengalami kecederaan teruk dari rektum ke kolon dan pembedahan membuang usus besar dan anus perlu dilakukan untuk menyelamatkannya.

HOPE 2013
Sedar dari pembedahan, So Won menceritakan kejadian yang berlaku kepada bapanya dan meminta agar orang jahat itu ditangkap. Bapanya mula mendesak polis membuat tangkapan. Manakala ibunya mula menyalahkan polis kerana kejadian yang berlaku dan menolak bantuan pakar terapi. Bagi melindungi So Won dari wartawan di hospital, bapanya mengambil tindakan drastik melarikan So Won ke bilik yang lain.

HOPE 2013
Di sini bermulanya perubahan So Won. Dia mula bertanya adakah dia telah melakukan kesalahan? Sejak itu dia dan langsung tidak mahu melihat bapanya. Bolehkah bapanya menawan hati So Won  dan kembali bahagia?
Movie Trailer


My Thought
Sebagai seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak, plot cerita ini memang benar menyentuh perasan. Banyak scene yang membuatkan saya mengalirkan air mata. Tragedi yang berlaku bukanlah sesuatu yang luar biasa. Kita sendiri sudah terdedah dengan berita-berita ibu bapa yang kehilangan anak. Melihat kepada HOPE, perkara seperti ini mungkin berlaku tanpa pengetahuan kita. Lihat saja kejadian-kejadian yang pernah dilaporkan sebelum ini. Semoga Allah menjauhkan perkara ini berlaku kepada anak-anak kita. 
Di dalam HOPE, pelaku jenayah iaitu Cho Doo-soon yang berusia 57 tahun, menggunakan alasan yang beliau langsung tidak ingat tentang kejadian yang berlaku kerana berada di dalam keadaan mabuk. Dan hanya dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun. Tiada langsung pembelaan terhadap mangsa. Oh my.... Cik Ila menangis bila tengok So Won memeluk kaki bapanya dan mengajak pulang.
Di akhir cerita, kita dapat lihat So Won kembali menjalani kehidupannya yang bahagia bersama keluarga dengan kehadiran adik lelaki. Sesetengah orang mungkin tak punya kekuatan untuk menonton filem seperti ini kerana apa yang berlaku pada So Won adalah sesuatu yang mengerikan. But dont worry... jalan cerita HOPE sangat menarik kerana ia memberi harapan kepada penonton, walaupun seburuk mana situasi itu berlaku, kita akan bangun semula. Kerana masa hadapan adalah lebih penting. Sokongan daripada orang yang rapat dengan kita akan menjadikan kita kuat kembali. 
HOPE 2013

 Thanks for reading....

Post a Comment

0 Comments