Lazada Lancar Pengalaman Beli-Belah Multiskrin
Menjelang 11.11 Dengan Pertunjukan TV Julung Kali Dibarisi
Bintang Terkenal
Menjelang 11.11 nantikan peristiwa yang lebih
besar dan lebih menarik dengan pertunjukan TV pengiraan detik pelancaran secara
langsung, tawaran yang tidak boleh ditandingi, pelbagai hadiah menarik dan
ciri-ciri aplikasi baharu.
Lazada Malaysia melancarkan acara
beli-belah terbesarnya bagi tahun 2018, iaitu Lazada 11.11 Shopping Festival. Ekstravaganza beli-belah dalam
talian selama 24 jam tersebut akan bermula pada tengah malam 11 November 2018,
dengan pertunjukan pengiraan turun detik pelancaran yang disiarkan secara
langsung pada 10 November 2018. Bonanza beli-belah tahun 2018 ini menjanjikan
pengalaman beli-belah yang sangat mengujakan bagi mereka yang mencari
keseronokan dan memburu tawaran harga rendah, dengan pelbagai aktiviti
multideria dan multiskrin.
Pada malam menjelang Lazada 11.11 Shopping Festival, pembeli akan
dihiburkan dengan Lazada 11.11 Super Show, sebuah program variasi yang
dibarisi bintang terkenal yang bakal berlangsung hanya pada malam tersebut
siaran langsung di TV3 dan ntv7. Penonton yang menonton persembahan tersebut turut
berpeluang untuk mengambil bahagian dalam sesi permainan secara langsung dan
memenangi pelbagai hadiah hebat, di samping melihat persembahan yang
menampilkan pelbagai gaya pertunjukan oleh selebriti tempatan dan antarabangsa
terkenal. Terutamanya persembahan sebuah kumpulan K-pop akan menutup tirai acara
pada malam tersebut.
Christophe Lejeune, Ketua
Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia menjelaskan usaha berterusan gergasi e-dagang
tersebut untuk mewujudkan hubungan yang lebih akrab dan kukuh dengan para
pembeli.
“Lazada kini berkembang menjadi sebuah platform gaya hidup, menawarkan pengalaman di luar batasan beli-belah dalam talian. Kami sentiasa memperluas rangkaian produk kami, dengan fokus terhadap fesyen dan produk kecantikan bagi memenuhi pasaran wanita kami yang semakin berkembang. Bukan sekadar harga terendah, kami berusaha membangkitkan keterujaan dan melibatkan pelanggan, sekali gus mencipta festival beli-belah terbesar menerusi tawaran hebat, permainan yang menghiburkan dan alat penemuan (discovery tools) menerusi aplikasi kami,” jelas Lejeune.
“Dengan lebih 9 juta muat turun aplikasi Lazada, ini merupakan bukti kukuh terhadap keupayaan dan kepakaran kami dalam menangani keperluan para pembeli dalam talian. Dengan lebih lima kali ganda jenama dan penjual berbanding tahun lepas, para pembeli akan memperoleh akses kepada lebih 100 juta produk dan lebih 300 jenama, yang dihantar dari gudang dengan armada kami sendiri untuk mengawal proses penghantaran. Kami juga bekerjasama dengan penyedia khidmat logistik yang boleh dipercayai bagi memastikan kami berupaya memperluas rangkaian penghantaran demi mencapai pelanggan kami tidak kira situasi mereka,” tambah Lejeune lagi.
Sertai Super Show 11.11
Dipentaskan di Axiata
Arena, dianggarkan 3 juta rakyat Malaysia akan menyaksikan acara ini secara
serentak merentas saluran Media Prima iaitu TV3 dan ntv7, tonton, dan juga aplikasi mudah alih Lazada. Pastikan anda merupakan
sebahagian daripada aksi tersebut dan temui sendiri Aiman Tino, Haqiem Rusli,
Ayda Jebat, Wany Hasrita, Ella, Ziana Zain, Bunkface serta bintang hebat
Malaysia dan antarabangsa yang lain dengan memuat naik sekeping gambar individu
yang anda ingin pergi bersamanya di Instagram dengan kapsyen "Sudikah anda
pergi ke Super Show Lazada 11.11 bersama saya?" berserta tanda pagar
#MYLazada1111. Individu tersebut hendaklah membalas ya atau bersetuju untuk
pergi bersama anda. Pertandingan ini berlangsung hingga 31 Oktober dan
pemenangnya akan diumumkan pada 1 November. 50 pemenang bertuah akan dipilih!
Para penonton di arena dan di rumah yang menonton pada 10
November 2018 juga akan menerima panggilan video daripada artis kegemaran
mereka dan memperoleh satu peluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk dua
buah kereta Volkswagen Beetle 1.2 TSI melalui permainan secara langsung di
aplikasi Lazada ketika program ini berlangsung. Sentiasa perhatikan skrin anda
dan untuk membawa pulang hadiah daripada L’Oreal Paris,
Carlo
Rino, Philips, Lactogrow, Sunsilk, Drypers dan Xiaomi!
Ambil Kesempatan Tawaran Terhebat Tahun 2018!
Lazada 11.11 Shopping Festival will feature 5 times more brands and sellers in comparison to last year’s campaign. (In photo: Christophe Lejeune, Chief Executive Officer, Lazada Malaysia) |
Usah tunggu hingga 11.11 untuk menambahkan barangan ke
troli anda! Mulai 1 November 2018, anda boleh memulakan previu harga 11.11 dan
menambahkan barangan tersebut ke troli anda, dengan itu anda boleh mendaftar
keluar serta membayar dengan cepat dan selesa pada hari jualan berlangsung.
Jangan ketinggalan mendapatkan Baucar Kolektibel sehingga RM11,000,000, tawaran
serendah RM0.99 dan hadiah percuma bernilai RM200,000! Terdapat juga lebih
daripada 10,000 Kotak Kejutan untuk direbut mengandungi produk daripada
pelbagai jenama dengan potongan sehingga 70%. Unit adalah terhad sahaja!
Bagi pelanggan yang berjaga malam, mereka boleh menikmati
harga terendah tahun 2018 menerusi lebih 50 jenama pada 11 November bermula
tengah malam hingga 2 pagi . Bagi pelanggan yang bangun awal pula mereka boleh
memanfaatkan kelebihan baucar Flash seawal pukul 8am dalam tempoh masa
yang terhad sahaja.
Bermain untuk mendapat lebih tawaran menarik dengan
ciri-ciri aplikasi baru Lazada
Wonderland! Dari 1 hingga 10
November, pengguna aplikasi Lazada akan mempunyai 20 peluang untuk membuka
kotak barangan berharga yang mengandungi baucar jenama dan penjual terkenal.
Berlangsung setiap hari bermula 11 pagi hingga 5 pagi, klik web banner
Wonderland di halaman utama aplikasi Lazada. Anda akan dibawa ke Wonderland untuk
melihat semua stor yang mengambil bahagian. Tekan stor mengikut kehendak anda
untuk membongkar kotak barangan berharga yang terdapat di dalamnya!
Beli Lebih untuk Dapatkan Lebih*
· Mastercard
Simpan* Mastercard (kad kredit, debit, prabayar) anda di Lazada dan
dapatkan pulangan tunai sebanyak 12% dalam Lazada Wallet anda apabila membuat
pembelian di Lazada. 11 pemegang Mastercard pertama pada setiap jam yang
menggunakan Mastercard yang disimpan untuk membeli-belah di Lazada akan
menerima pulangan tunai sebanyak RM111 dalam Lazada Wallet mereka.
· CIMB
Semua pemegang kad kredit, debit dan prabayar CIMB boleh mendapatkan potongan sebanyak RM20,
dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM150.
· McDonald’s®
Tunjukkan aplikasi Lazada anda di mana-mana restoran McDonald’s® dan
nikmati 11 ketul CHICKEN McNUGGETS® dengan harga hanya RM11, sah dari 5 hingga
11 November 2018.
· GrabPay
Dapatkan baucar dalam aplikasi sebanyak RM11 untuk Lazada hanya dengan kredit
GrabPay RM1.
· Malaysia Airlines
Dapatkan diskaun 11% terhadap tambang Malaysia Airlines (MAS) dan ambil
bahagian dalam Hadiah Pas Satellite Golden Lounge Lazada 11.11.
· Hotel OYO
Beritahu kami tempat
tarikan kegemaran anda di Kuala Lumpur! 50 pemenang akan menerima penginapan
hotel dua malam bagi suatu pasangan, dan satu perjalanan pergi balik tiga malam
tajaan penuh terpilih ke Thailand.
*Tertakluk pada terma dan syarat
*Hanya kad Mastercard yang disimpan buat pertama kali di Lazada adalah layak.
Membawa Luar Talian ke Dalam Talian
Tekan ikon kamera yang
dilabelkan “Scan” yang terletak di sebelah kiri atas sekali laman utama
aplikasi Lazada. Anda hanya perlu mengambil gambar atau memilih suatu imej
daripada galeri anda. Begitu mudah sekali! Kini anda boleh mendapatkan semua
yang pernah anda ingini, di mana sahaja anda melihatnya dengan harga dan
pilihan yang lebih baik! Fungsi yang sama juga akan digunakan untuk mengimbas
kod QR, yang akan membawa anda terus ke laman promosi, produk atau penjual
dalam lingkungan aplikasi Lazada. Pelanggan boleh mendapatkan kod QR Lazada di
jenama dan penjual stor luar talian terpilih.
Mengapa tunggu lagi? Kunjungi www.lazada.com.my dan laman media sosialnya untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang Festival Beli-belah Lazada 11.11!
0 Comments