Pengalaman Shopping di CJ WOW Shop

Assalamualaikum

Selalunya Cik Ila shopping online di Lazada dan Shopee je. Tapi hari ni, buka web CJ WOW Shop dan membeli di sana. Bukan untuk Cik Ila tapi untuk mak kesayangan di kampung. Eh... pandai dah mak i ni layan CJ WOW Shop.

Alkisahnya, mak whatsapp kan gambar ni. 



Mak cakap, dia tengah tengok CJ WOW Shop tadi. Masa tu dok tengah promot ELBA 5L Multi cooker ni. Banyak kali call tapi tak dapat. Bila dah dapat, operator tu suruh dia tunggu pulak. Hehehe...tu yang dia buka talian hayat kat Cik Ila. Lucu tau Mak i tu, kalau tak dapat call abah, dia akan call anak2 dia kat KL ni untuk call abah. Selalunya sebab kambing terlepas keluar kandang lah.

Ni ha product feature ELBA 5L Multi cooker. Ada 6 in 1 cooking function iaitu hot pot, stir fry, slow cook, frying, warming dan steaming. Harga sekarang RM129. Ok lah kan. Harap berbaloi lah. Lagi pun ELBA adalah antara jenama yang boleh dipercayai. CJ WOW Shop stated yang penghantaran dalam tempoh 3-5 hari bekerja. InsyaAllah, harap sampailah sebelum hujung minggu ni.

Lepas bagi tau Mak dah settle semua, Mak bagi tau, kat kampung sekarang..... kalau sembang kat kedai mesti ada yang bercerita pasal beli barang kat CJ WOW Shop dan Go Shop. Lagi murah dari kat kedai. Hehehe...... ni membawang shopping namanya. Jangan lah Cik Ila terpengaruh pulak nanti.

Nanti Cik Ila suruh mak buat review ELBA 5L Multi cooker ni. Love you Mak.

Thanks for reading ye.



Post a Comment

4 Comments

  1. mak sha pun kemain order kat cjwowshop ni hahaha bila masa order taktau la tetiba barang sampai

    ReplyDelete
  2. dah tiap2 hari CJWOWSHOP kat tv...boleh terpengaruh jugak kita

    ReplyDelete
  3. Wahh, akak tak pernah lg shopping kat sini

    ReplyDelete