Resepi Daging Goreng Kunyit

Assalamualaikum. 

Selepas musim korban hari tu, banyak betul daging kat rumah. Ada yang dapat dan ada juga yang mak abah kirimkan dari kampung. Semoga murah rezeki orang2 yang ber'korban'. Ambil masa juga nak habiskan daging-daging tu dan macam-macam menu daging yang cik suami masak (hehehe....). 

Teringat pulak, sebelum-sebelum ni, Cik Ila ada beli nasi daging goreng kunyit dari food truck. Siapa yang suka makan daging mesti suka menu daging goreng kunyit. Menu daging yang paling mudah dan cukup menyelerakan. Mesti tak best kalau makan, dapat daging yang liat. Jenuh nak kunyah, boleh sampai penat rahang mulut. Tapi daging goreng kunyit yang Cik Ila beli tu, MasyaAllah...lembut sungguh. Tiga empat kali kunyah dah hancur. Exaggerated tak kalau Cik Ila katakan...cair di mulut? Hahaha....whatever :) Ok.. back to daging goreng kunyit. Cik Ila pun browse lah resepi untuk daging goreng kunyit. Lupa dari blog yang mana, tapi hampir sama saja. Jom masak.


Resepi Daging Goreng Kunyit
Bahan-bahan Daging Goreng Kunyit:

Daging
Garam
Kunyit hidup yang ditumbuk
Serbuk kunyit 
Halia - hiris nipis
Bawang besar 
Sayur - kacang panjang dan lobak merah
Cili merah/cili padi - Cik Ila tak masukkan

Mula-mula, perap daging bersama garam, kunyit dan halia selama 15-30 minit. Lepas tu rebus bersama sedikit air di dalam kuali. Masak sehingga daging jadi lembut. Kalau daging masih belum lembut bila air kering, tambah saja lagi air. Angkat. Sebenarnya, part ni boleh sediakan awal-awal. 

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng daging tadi sehingga nampak perang. Jangan terlebih goreng, nanti daging kita keras/liat pula. Masukkan sayuran dan bawang. Kacau rata dan masukkan perasa. Bila dah masak semuanya, angkat dan hidangkan bersama nasi panas, kicap dan sambal belacan.

Bahan-bahan Sambal Daging Goreng Kunyit: 
- blend semua sekali

Cili padi - mix merah dan hijau (segenggam)
Belacan bakar (sebesar ibu jari)
Cuka (3 sudu besar)
Garam
Gula
Perahan limau nipis

Resepi Daging Goreng Kunyit

Senang hati bila tengok anak-anak makan dengan penuh selera. Sambal belacan tu memang pedas gila. Tapi Alhamdulillah...semuanya perfect. Selamat mencuba ye.

Thanks for reading :)

Post a Comment

1 Comments