Ramadhan 1440H

Salam Ramadhan buat semua.
Selamat menjalani ibadah puasa.

Cik Ila doakan semoga kita semua dapat melipat gandakan amalan ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. 

Alhamdulillah, tahun ini dapat menunaikan terawih berjemaah di Surau. Perasaan tu bercampur baur. Sebak, gembira dan macam-macam lagi. Lama sebenarnya Cik Ila tak berpeluang nak berterawih secara berjemaah. Sebelum ini, Cik Suami jauh kat Sarawak nun. Nak tinggalkan Alisha dan Alfeey, diorang kecil lagi. Lagi pulak memang tak berani nak bawa anak-anak ke tempat yang ramai orang hatta ke Masjid sekali pun. Kecuali bila di kampung. Bila Cik Suami balik semenanjung dan tinggal serumah, dapat pula Aleena si bongsu tu. Memang spesis tak boleh berenggang. Tahun ni, dia dah nak masuk 3 tahun. Alhamdulillah, semalam tinggalkan sekejap dia dengan abang dan kakak untuk turun ke Surau. Tak menangis pun kata kakaknya. InsyaAllah, terawih malam kedua ni, kita cuba bawa semua anak-anak pula.

Tapi bila bawa anak ke masjid atau surau untuk berterawih. Make sure anak tak mengganggu jemaah lain. Kalau anak dah berlari-lari di hadapan saf, tegurlah. Dan kalau anak dah mula menangis, pujuklah. Kasihan jemaah lain. Kita sama-sama nak beribadat kan.

That's All. Thanks for reading.

6 Comments

  1. Saya dapat terawih 2 kali je. Anak saya takmau dok diam. Biasalah baru 11bulan kan.

    Saya follow sini!♡
    [Jemput blogwalking blog saya] :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi peluang untuk menunaikannya juga. Tu lah ada anak kecil ni sukar lah sikit. Kalau ada yang tolong tengokkan senang. Selamat berpuasa ye.

      Delete
  2. salam cik ila salam kenal tq sudi singgah kat blog ya.. selamat berpuasa jugak :)

    ReplyDelete