Akhirat Di Depan - Gabungkan Hattan, Nash dan Malek Ridzuan

Pertama kali mendengar lagu Akhirat di depan nyanyian penyanyi lagenda negara Hattan, Nash dan Malek Ridzuan membuatkan bulu roma terasa meremang kerana bait-bait liriknya. 

Konsep lagu ketuhanan ini penuh dengan maksud yang tersirat dan tersurat untuk renungan kita. Bila dengar berkali-kali rasa gerun kerana sudah cukupkah amalan ini untuk menghadapi hari pengadilan nanti.  

Korang hayati sendiri lah lirik dan lagu Akhirat di depan ni.
Thumbs up untuk Hattan, Nash dan Malek Ridzuan.

Akhirat Di depan.

 Dia Allah Ilahi
Dialah awal dan akhir
Pernah kita berjanji
Dia Tuhan hakiki

Nikmat lahirnya di sini
Ayah dan ibu bersaksi
Yang kecil membesar mencari diri 
Dengan panduan hati

Andainya subur
Iman dan Islam
Menyuluh akal dan jiwa
Jalan ke Syurga
Demi umat yang rahamba
Yang dicinta oleh Pencipta
Yang Maha Esa

Hampir sudah saatnya
Diri akan ditanya
Jangan engkau berkata
Dunia melalaikan kita

Tiba kini saat yang pasti
Tiada lagi wakil penganti membela diri
Diadili dengan apa yang terbukti
Oleh yang Adil Maha Pengasih

Kau meniti titian akhir
Api hitam menjulang tinggi 
Membakar diri

Di hadapan Syurga yang Indah
Menanti wajah Ilahi
Akhirat di depan





Post a Comment

1 Comments

  1. lagu baru eh? belum berkesempatan nak hayati.. nanti nak dengar la

    ReplyDelete