Assalamualaikum semua. Selamat bercuti hujung minggu yang panjang. Selamat berehat. Rehat hujung minggu cikila yang sebetul- betulnya mula pada hari ahad. Hari sabtu memang dah rutin hantar dan ambil Alisha sekolah. Sebelah pagi dia ada kelas taekwondo. Sebelah petang pula dia ada kelas tambahan sekolah KAFA. Kalau cik suami ada ringan sikit lah, tapi kalau cik suami duty hari sabtu, memang kelam kabut.

Sabtu minggu ni memang cik suami duty, cikila ada kuliah pagi di masjid dari 8.30 pagi. Habis je pukul 10 tu rushing ke sekolah Alisha untuk kelas taekwondo dia. Terlambat sikit. Bising lah makcik tu sebab dah lambat. Dah hantar dia, singgah car wash untuk cuci kereta. Tunggu punya tunggu dah pukul 12. Pergi ambil Alisha pula. Balik rumah cik suami dah balik kerja, bersiap-siap nak pergi kenduri pula. Long short story, balik rumah dah pukul 2. Terus hantar Alisha ke sekolah KAFA. Dia solat zohor di sekolah saja.

Kenyang makan di rumah kenduri, masing- masing pakat tidur lepas solat zohor. Cikila balik dari ambil Alisha pun diorang masih tidur lagi. Bila bangun, Aleena dah bising lapar. Sebab hari-hari biasa makan malam antara pukul 6.30 - 7.00, dia dah terbiasa. Yang ibu dia pula ingatkan boleh lah lambat sikit masak untuk makan malam. Kelam kabut masuk dapur nak masak. Dalam peti sejuk ada ikan kembung dan ayam je. Masak ringkas saja cukup lah. Jadi kita masak menu ikan kembung singgang je. Bahan yang diguna pun sikit je.

Ikan masak singgang

Resepi ikan masak singgang 

Bahan-bahan:

1. Ikan kembung - cikila guna 7 ekor sebab dia kurus²
2. 2 ulas bawang merah
3. 1 inci kunyit hidup
4. 1 batang halia - diketuk
5. 2 keping asam keping
6. Sedikit cili padi 

Cara-caranya:

1. Tumbuk hancur bawang bersama kunyit hidup.
2. Masukkan bahan yang telah ditumbuk, serai yang diketuk dan asam keping ke dalam periuk yang berisi air. Biar atas api sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan cili padi. Biar mendidih dan perasakan dengan garam dan bahan perasa.
4. Siap.

Simplekan. Masakkan macam ni cikila padankan dengan sambal belacan dan ulam. Memang bertambah-tambah makan rakyat dalam rumah.

Ikan masak singgang

Teringat masa arwah atuk ada lagi, hari-hari minta mak masak menu ni. Tapi atuk suka ikan pari. Walaupun dah tak berapa nak sihat masa tu, dapat masakan macam ni, dia jamah juga makan. Mmm...rindu pula pada arwah.

Bye...bye...bye...


1 Comments

  1. Ikan bawal emas atau ikan terubuk masak singgang pun sedap.

    ReplyDelete