Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih

Kategori: Unscheduled

Tempoh: 21 Disember 2019, 10 pagi - TBA

Kawasan Terlibat:


Dah masuk hari kedua air takde kat kawasan rumah Cik Ila ni. Tahun ni saja dah beberapa kali kejadian pencemaran bau berlaku di sumber air mentah. Kali ni katanya berpunca dari Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Indah Konsortium Water (IWK) Bukit Mahkota.

So far, Cik Ila masih bergantung kepada air tangki dalam rumah. Untuk mandi, mencuci sikit² dan wuduk... InsyaAllah masih boleh lagi. Tapi untuk masak tak sanggup rasanya sebab perlukan air yang banyak. Air untuk minum pun suruh cik suami belikan air mineral dari kedai.  Nasib baik lah anak² balik kampung bercuti. Kurang sikit penggunaan airnya.

Setakat pukul 3 tadi, SYABAS umumkan bacaan pencemaran bau masih 1 TON. Selagi tak capai 0 TON, Loji Rawatan Air tidak akan beroperasi. Harap cepat lah.

Tadi dalam pukul 4 petang, lori tangki air dah masuk. Alhamdulillah. Tapi tak de lah Cik Ila nak turun ke bawah ambil air. Tak sanggup nak usung naik ke tingkat 5 ni. Cik suami pulak takde kat rumah.


Apa-apa pun, benda tak berjadual ni kita tak boleh nak jangka. Jadi jangan marah² ye. Ceeeeepat lah ada air. Nak mandi puas².

Post a Comment

0 Comments