KHIND Digital Air Fryer

Assalamualaikum semua.

Kita masih dalam PKPB sehingga 9 Jun nanti kan. Mesti semua ternanti-nanti sama ada PKP ini akan bersambung lagi atau akan ditamatkan. Mungkin disebabkan PKP ni, Syawal terasa berlalu dengan cepat. Kalau sebelum ni, sepanjang sebulan Syawal meriah dengan jemputan rumah terbuka sana dan sini. Sekarang masing-masing di rumah saja. InsyaAllah, moga pandemik ini cepat berlalu. Terlalu banyak kesannya pada kita semua. Sejak minggu lepas Cik Ila dah mula masuk kerja mengikut giliran. Dalam seminggu sama ada sekali atau dua kali masuk ke pejabat dan bekerja sehingga pukul 1. Memang tak berpeluang nak jumpa kawan-kawan pejabat yang lain dan suasana pejabat pun sunyi saja. Rindu betul suasana sebelum ini.

Baiklah, entri kali ini sebenarnya Cik Ila nak cerita tentang KHIND Digital Air Fryer yang Cik Ila beli dari GoShop. Terima kasih kepada cik suami kesayangan yang tolong bayarkan. Cik Ila beli KHIND Digital Air Fryer ni pada 8 May 2020, dengan harapan cepat lah sampai. Tetapi 2 minggu jugalah baru sampai ke tangan. Mungkin disebabkan PKP atau GoShop dah memang tetapkan begitu. Kali terakhir Cik Ila berbelanja di Goshop ambil masa 3 hari saja untuk barang sampai ke rumah. Tapi tak pe... sampai juga ke rumah ni.


KHIND Digital Air Fryer

Digital Air Fryer

Tengok video unboxing KHIND Digital Air Fryer di SINI

Spesifikasi KHIND Digital Air Fryer  

Model    ARF3500D
Frying Basket Capacity    3.5 Litres
Net Weight    3.6 kg
Dimension (LxWxH)    265 x 330 x 300 mm


Sebenarnya dah lama Cik Ila berkira-kira nak belikan air fryer. Tapi tak pernah menjadi. Semenjak PKP, masa memang sepenuhnya di rumah. TV pula bila dah tak de channel yang best nak tengok, layan lah channel GoShop. Kebetulan ralit tengok episod KHIND Digital Air Fryer, cik suami tanya "nak ke?". Pepatah melayu ada berkata "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari". Terus je buka app GoShop, masuk cart dan bayar. Hahhahaha.....cepat sungguh wife dia ni buat kerja.

Cik Ila dah cuba air fryer ni untuk masak fries, chicken nugget, chicken pop corn dan paling best ikan bakar. Tak perlu lagi nak menggoreng dengan minyak yang banyak dan kecah di dapur. Fungsi digital dia pun senang je. Kalau nak bandingkan pro dan con guna air fryer ni, apa yang Cik Ila boleh katakan, Cik Ila nampak pro je yang banyak - jimat minyak, jimat masa, dapur tak kecah. Pendek kata sangat memudahkan kerja mak-mak. Moga-moga dapat bertahan lama. InsyaAllah, Cik Ila akan cuba resepi-resepi masakan menggunakan air fryer di masa akan datang.

Terima kasih kerana sudi membaca ye :)



                                                        

















Post a Comment

0 Comments