Menyesal....

Salam.

On da way datang keje tadi, aku dengar HotFM. Biasalah pagi2 dalam kete mesti nak dengar celotah budak dua orang tu (FAFAU n FBI). Hot chat pagi ni pulak adalah MENYESAL. Apa yang aku dengar kebanyakannya menyatakan penyesalan diri mereka dalam perkahwinan. Dan setakat yang aku dengar semuanya perempuan.

Dalam usia perkahwinan aku yang baru setahun dua bulan ni, Alhamdulillah belum lagi terlintas di dalam fikiran untuk rasa MENYESAL dengan perkahwinanku walaupun melayari perkahwinan ini berjauhan antara satu sama lain. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang menyayangi dan menyintai aku, seorang anak yang menjadi pengikat kasih sayang antara kami dan boleh aku katakan REZEKI yang murah. Dan cik suami tidak lokek dalam segala hal. Dengan ini aku dapat merasai kebahagiaan dalam perkahwinan aku. Pada aku yang penting adalah KEPERCAYAAN, KERJASAMA dan KOMUNIKASI yang baik. Semua masalah dapat diselesaikan sekiranya ada semua ini.

Mungkin ada orang akan berkata "Alah baru setahun jagung, bolehlah berfikiran begini". Ya...aku tak tahu apa yang berlaku bertahun-tahun akan datang. Masih terlalu banyak kekurangan yang ada pada diri ku ini dan mujurlah cik suami dapat memahami aku. Apa yang aku mampu lakukan ada layari perkahwinan sebaik mungkin, perbaiki kelemahan dan kekurangan diri (bukan untuk sesiapa tetapi untuk diriku sendiri) dan hormat menghormati antara satu sama lain dan selalu berdoa kepada Allah agar memberi kebahagiaan kepada keluargaku.

InsyaAllah, semoga Allah memberi rahmatnya dan memberi peluang untuk aku menjadi umat yang patuh dan taat kepada ALLAH, anak yang baik dan taat kepada ibubapaku dan bapa mertuaku, isteri yang baik dan taat kepada suamiku, ibu yang baik dan sempurna kepada anak2ku dan kakak yang baik kepada adik2 ku.

hachi

Post a Comment

0 Comments