Hari Arafah; Salam Aidil Adha

Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah dan merupakan hari untuk para jemaah haji kita melakukan wuquf di Padang Arafah. Hari yang penuh dengan keistimeawaan dan kelebihannya yang tersendiri. Antaranya:
  1. Hari Maghfirah
  2. Mustajab berdoa
  3. Terlepas dari seksaan neraka
  4. Turunnya rahmat Allah
  5. Ibadah puasa yang paling dimuliakan.
Sebagai renungan kita bersama, daripada beberapa buah hadis yang menyatakan:

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada satu hari di mana Allah SWT paling ramai membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari Arafah." (Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, " Sesungguhnya Allah SWT, memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka: "Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu." (HR Ahmad)

Bagi tidak mensia-siakan kedatangannya sekali setahun ini, kita digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari hari ini kerana inilah satu-satunya peluang yang tidak harus ditinggalkan malah perlu direbut dengan sesungguh-sungguhnya.

Dan bagi insan yang masih belum berpeluang untuk mengerjakan ibadah haji ini, kita digalakkan berpuasa.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah?

Maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya: Dikaffarah (ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
(HR Muslim)

Niat: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”

Jadi selamat mengerjakan puasa kepada yang berpuasa pada hari ini. 


Dan saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan;

Selamat menyambut Aidil Adha.

Bagi yang akan pulang ke kampung (termasuk saya);

Selamat memandu dan berhati-hati lah di jalan raya. Semoga kita semua selamat sepanjang perjalanan untuk pulang ke kampung berkumpul bersama keluarga tersayang.

p/s: Saya terlebih excited sikit sebab Alfeey dah boleh berjalan dan cik suami dapat balik beraya bersama2.

Post a Comment

1 Comments

  1. Thanks sharing

    Salam aidiladha buat fila sekeluarga...

    ReplyDelete