Sambal Hitam Pahang

Sambal Hitam Pahang | Serius giler sedap korang. 
First time CIM rasa tadi. Dah jadi rezeki nak rasa kot. 
Masa dok kemas pinggan kat dapur....dengar suara halus bagi salam. 
Ingatkan rumah depan. Jenguk kat tingkap, ada tiga orang budak berdiri depan pagar.

"Kami jual Sambal Hitam makcik."
(makcik pun makcik lah dik)

 Kesian depa naik sampai tingkat 5 bawa raga.
Tapi bekas dalam raga tu dah tinggal sikit je.
Depa jual sebekas hat besar cawan tu Rm5


Ini kali pertama depa sampai kat rumah CIM.
Mungkin mak baru nak mula bisnes.
Rasa rugi pulak beli sebekas.
Hahahaha.....sedap sangat.

MR kata sambal ni memang femes kat Pahang.
Awat dah kawin ngan dia nak masuk 7 tahun tak pernah rasa pun.
CIM try google resepi sambal ni.
No wonder lah mahal. 
Walaupun bahan-bahan yang dia guna sikit je.
Tapi, ambil masa yang lama juga nak membuatnya.

Korang yang bukan orang Pahang pernah makan?
Tetiba CIM rasa nak cuba buat pulak.
Makan dengan nasi putih....sedapnya.


Post a Comment

5 Comments

  1. tak pernah makan.. huhuu.. selalu macam sambaal belacan je

    ReplyDelete
  2. Sama lah. Kalau tengok sekali imbas memang macam sambal belacan. Sebab ikan bilis dan belimbing yang direbus tu serta bahan-bahan lain yang diguna ditumbuk sebelum masak :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya sambal hitam ni ! mmg menggoda..

    p/s: CN follow sini 185 dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2015/12/giveaway-disember-2015-cash-rm500-by.html

    ReplyDelete
  4. Memang sedap Cikgu.
    Good luck ye GA.

    ReplyDelete