Cuti Sekolah

Assalamualaikum semua :)

Yay...cuti sekolah. Ibu boleh bangun lambat sikit dan tak tergesa-gesa nak keluar rumah awal-awal pagi untuk elak terperangkap dalam jem. Selamat bercuti pada anak-anak yang bersekolah ye.


Disebabkan hujung bulan lepas dah balik kampung abah, jadi cuti sekolah ni, AA akan balik kampung ibu pulak. Lagi lah Yay...yay... Plan nya nak balik 17 hb nanti. InsyaAllah. Sementara ni, CIM dengan MR gilir-gilir cuti untuk jaga AA di rumah. Isnin dan selasa, abah jaga...rabu dan khamis, ibu pula jaga. Jadi memang kena sediakan aktiviti lah untuk anak2 kesayangan ni.




Nama pun cuti, bagi diorang aktiviti ringan-ringan je. Yang penting siapkan kerja sekolah dulu. Ulangkaji sikit-sikit dan CIM ikut apa yang diorang nak buat. Tapi bila dah berdua tu, ada je yang nak digaduhkan. Masing-masing tak mau mengalah. Ibu pun ter naik angin juga lah. Mula jadi tarzan. Lepas tu, dua-dua kecut perut. Masing-masing tak nak mengaku salah. Dah dua-dua muncung. Layan je lah ragam depa berdua.

Bye...bye...bye...





Post a Comment

0 Comments