Ibuku Duniaku

2017 mother's day
Mak,
Kawan dunia akhirat.
Hanya satu di dunia.
Guru sepanjang hayat.
Tiada ganti tempatnya.

Mak,
Setiap hari sentiasa dalam ingatan.
Tak dengar suara rasa tak keruan.
Terima kasih kerana melahirkan.
Terima kasih kerana membesarkan.

Mak, 
Ku ucapkan Selamat hari ibu.
Jasamu dikenang selalu.
Rindu di hati tak siapa tahu.
Rasa ingin berdamping selalu.
Kerana kau lah duniaku.
Kerana kau lah syurgaku.

Mak,
Ketahuilah yang kau telah mendidikku dengan penuh kesempurnaan.
Menjadi insan yang seperti yang telah engkau impikan.
Menjadi anak yang engkau harapkan.
Dan engkaulah ibu yang aku banggakan.

Mak,
Sayangku setiap saat dan waktu.
Semoga rindu yang bertamu.
Bertukar doa peneman mu.
Kerana kau lah ibu kau lah duniaku

14.5.2017@Mother's day@ibuku duniaku

Win a Calvin Klein Watch this Mother's Day 2017, Check this for details: http://bit.ly/2oTqODa
#CalvinKleinFans #CalvinKleinMothersDay2017

Post a Comment

2 Comments

  1. Selamat Hari Ibu buat ibumu, serta ibu-ibu di seluruh negara juga.

    ReplyDelete