Pigeon Newborn Pure: Penjagaan terbaik kulit bayi



Baru-baru ini Cik Ila telah menerima produk Pigeon dari motherhood.com.my iaitu produk dari rangkaian penjagaan kulit bayi, Pigeon Newborn Pure - Purifying Body Wash dan Moisturising Lotion. Rangkaian Newborn Pure ini merupakan produk buatan Jepun yang telah mengikut piawaian kualiti tertinggi untuk produk penjagaan kulit bayi, terbaik dan selamat untuk digunakan pada semua kulit.

Kedua-dua produk ini didatangkan dalam botol dispenser pam. Di mana sangat memudahkan. Tak perlu nak buka tutup penutup lagi. Kedua-duanya juga mempunyai  dual moisturization by Natulayer, bebas alkohol, formaldehyde dan paraben, pH yang seimbang dan telah diuji secara dermatologi. Cik Ila suka pada haruman kedua-dua produk ni. Smell really good.


Keistimewaan Pigeon Newborn Pure 

Dual Moisturising oleh Natulayer. Natulayer adalah lapisan yang  menyerupai vernix dan ceramide, iaitu lapisan yang melindungi dan melihara kulit semasa di dalam kandungan. Ia berfungsi untuk menghidrat dan melindungi kulit bayi daripada terdedah kepada kekeringan dan mengimbangi kelembapan. 

Produk yang bebas alkohol, formaldehyde dan paraben dan mana-mana bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit

Mengekalkan lapisan perlindungan lemak kulit dengan memastikan tahap pH yang seimbang. Telah diuji secara dermatologi menjadikan ia baik dan selamat untuk kulit bayi. Serta mempunyai haruman semulajadi yang menyegarkan.


Aleena mesti suka sangat dengan kedua-dua produk ni sebab dia macam selesa sangat ketika mandi dan sewaktu disapu dengan lotion ke seluruh badannya. Menarik? Mesti lah. 

Terima kasih kepada motherhood.com.my kerana memberi peluang untuk Aleena mencuba kedua-dua produk ini. Untuk maklumat lanjut dan pembelian rangkaian produk Newborn Pure ini, korang boleh KLIK pada link di bawah:










Post a Comment

1 Comments

  1. ahh mmg lebih slesa guna jenis pam, besa tutp buka tu xlama patah oleh ank2 buah =D

    ReplyDelete