Saps Ibu Bapa | Mudahnya ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak

Mudahnya ibu bapa sekarang ni. Nak semak keputusan peperiksaan anak pun guna hujung jari saja. Tak perlu lagi nak bersusah payah sejak wujudnya SAPS Ibu Bapa. Tapi sebelum tu nak tanya, korang tahu tak apa itu SAPS Ibu Bapa?

SAPS merupakan singkatan kepada Sistem Analisis Pelajaran Sekolah merupakan inisiatif daripada Kementerian pelajaran Malaysia. Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksaan dan ujian anak dari darjah satu hingga tingkatan 5.


Dengan adanya SAPS IbuBapa ini, ibu bapa akan dapat sentiasa memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dan semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet, semuanya jadi mudah dan pantas. Jangan bimbang kalau tak de komputer di rumah, ibu bapa masih boleh menggunakan telefon mudah alih yang mempunyai sambungan internet.

Cik Ila  rasa masih ramai ibu bapa yang masih belum tahu cara untuk menggunakan sistem SAPS Ibu Bapa ini. Jangan bimbang, anda masih tak ketinggalan apa-apa pun. Cik Ila kongsikan cara nak memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak kita melalui sistem SAPS ibu bapa. 

Bagi memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online sila klik di sini --> SAPS Ibu Bapa.


Ibu bapa digalakkan menyemak keputusan peperiksaan melalui laman web ini bagi mengelakkan terjadinya masalah website down atau laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa. Paparan markah markah bagi setiap peperiksaan akan menunjukkan prestasi anak-anak kita bagi tahun berkenaan.

Apabila ibu bapa sudah boleh menyemak keputusan anak masing-masing pada bila-bila masa dan di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini sebagai batu loncatan kepada kita dalam mendidik anak-anak dan sentiasa memantau pencapaian mereka. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

Dah tahu mengenai SAPS Ibu Bapa ni, Cik Ila berbesar hati  sangat kalau korang dapat share artikel ini. Semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa 2017 ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.



Post a Comment

3 Comments


  1. saps ibu bapa

    saps ibu bapa Providing you our best berita semasa at www.beritasemasa.com.my/semakan-saps-ibu-bapa.

    ReplyDelete
  2. Hi Dear,

    i Like Your Blog Very Much..I see Daily Your Blog ,is A Very Useful For me.

    Saps Ibu Bapa

    Melihat untuk yang terbaik Saps Ibu Bapa online di Malaysia. Mysaps membantu anda semak keputusan peperiksaan sekolah anda daripada masa ke semasa.

    Visit Now - http://mysaps.co/saps-ibu-bapa

    ReplyDelete
  3. Hi! This is my first visit to your blog! We are a group
    of volunteers and starting a new initiative in a community in the same niche.
    Your blog provided us useful information to work on. You have done a marvellous job!

    ReplyDelete