Setelah sekian lama bercuti dari join mana-mana event larian sejak bulan puasa lepas, Milo Breakfast Day 2018 Putrajaya membuka tirai larian Cik Ila semula. Apa yang menariknya kali ini, Cik Ila angkut satu family untuk lari. Disebabkan lama tak lari dan takde training......semput. Lari 3km pun dah termengah-mengah.
Nasib baik lah Aleena nak duduk diam atas stroller sepanjang larian. Alisha dan Alfeey dah biasa ikut Cik Ila lari, so diaorang relaks je. Yang tak oknya...ke kiri ke kanan berlarinya.
Tamat larian, ambil goodies bag dan medal, terus pergi redeem breakfast. Boleh buat pilihan antara 2. Cik Ila ambil bihun goreng + epal. Dah register 5 pax, dapatlah 5 pax semuanya. Dan yang paling penting mestilah dapat minum milo free. Byak lori milo dan kaunter milo disediakan. Hahahha... nasib baik tak minum sampai pengsan
Selain dari larian, banyak lagi aktiviti lain yang disediakan. Sob...sob...sob... ramai sangat orang Q. Dengar kata 20K orang yang join pada hari tu. Tak join pun aktiviti2 yang ada. Aleena pun dah tak mau duduk diam. Big Boss pun nak pergi kerja lepas tu. Kitaorang pun ambil keputusan untuk balik je. Overall, memang sangat best program Milo Breakfast Day ni. Sesuai sangat untuk family. InsyaAllah, next year kita join lagi.
Gambar-gambar sepanjang MBD 2018 Putrajaya
Baru mula lari...muka ada senyum |
Lepas breakfast. |
Support penaja. |
Intai Abg Brian dari jauh saja |
Dah...jom bali. Alfeey kata penat macam panjat Gunung Kinabalu. |
Medal dan goodies MBD 2018 Putrajaya
Nasib baik boleh buat fridge magnet. Ada 5 ketul. |
Thanks for reading.
0 Comments