Sesekali bila ibu tak sihat

Sesekali bila ibu tak sihat, terasa macam seorang princess pulak. Cik suami ambil alih semua tugas-tugas ibu. Anak-anak pun ringankan tangan menolong abah. Alisha tolong cuci baju (masuk dalam mesin basuh) dan jemur baju. Alfeey main dengan adik. Sekejap-sekejap masuk bilik tengok kan ibu. Pandai pulak Alisha dan Alfeey rasa dahi ibu. "Panas lagi ni ibu. Ibu rehat ye."

Alkisahnya, Cik ila bawa Aleena ke klinik sebab batuk dan selsema. Hingus asyik meleleh je. Balik dari klinik, terasa dah lain macam. Mulut pun jadi payau. Sampai rumah terus solat dan baring. Sebelum tu dah cakap kat cik suami yang Cik Ila rasa macam nak demam. Habis satu badan jadi sakit. Kononnya nak bertahan lah tak mahu pergi klinik. Tapi terpaksa juga pergi juga sebab selain demam, sakit kepala, sakit satu badan, datang pula sakit perut dan cirit birit. Doktor syak denggi tapi bila dia periksa kerongkong terus dia cakap ada infection. Syukur sangat. Risau juga kalau denggi sebab di kawasan rumah memang ada kes denggi. Dapat ubat dan injection di bontot serta mc sehari.


Sebenarnya, dah lama Cik Ila tak sakit. Setakat sakit kepala sikit-sikit tu ada lah. Allah nak uji sikit je bagi Cik Ila rasa nikmat sihat ditarik sekejap. Mungkin ada yang Cik Ila alpa dalam kehidupan seharian. Seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah:286 "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

Cik Ila doakan semua yang singgah ke sini, dikurniakan kesihatan yang baik selalu. Amin.

Thanks for reading...

Post a Comment

0 Comments