Dah boleh balik kampung

Assalamualaikum semua.

Pada 7 Jun 2020, Perdana Menteri kita telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula dari 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020. Yang paling mengembirakan adalah kebenaran untuk melakukan perjalanan rentas negeri kecuali di kawasan yang diisytiharkan PKPD. Alhamdulillah, syukur sangat dengan pengumuman ini. Macam dengar pengumuman Hari Raya kan. 

Cik Ila percaya  semua teruja dan tak sabar nak pulang ke kampung menjenguk ibu bapa yang tercinta, termasuklah diri Cik Ila. Rindu sangat dengan mak dan abah. Anak-anak lagi lah, sebelum raya hari tu berkali-kali tanya bila nak balik kampung. Alfeey sampai cakap, semua tak boleh. Keluar rumah tak boleh, sekolah tak boleh, balik kampung pun tak boleh. Kesian.

So, lepas ni boleh lah merancang untuk balik ke kampung. Bila bagi tau anak-anak, excited diorang bersorak. Maklumlah dah lama tak bebas keluar. Lagi pulak, rumah kampung luas lamannya. Nak main basikal, nak panjat pokok, nak main kejar-kejar semua boleh. Yang special lagi, ada tempat kegemaran anak-anak. Nak tau? 

Tonton di SINI


Rindunya kampung. Kami adik beradik bagi gelaran rumah mak abah di kampung sebagai Istana bukit kecil. Sebab lokasi rumah tu di hujung dan berada di atas bukit. Belakang dan tepi rumah ada kebun getah. Kandang kambing pulak terletak di tepi kebun getah. Kalau cari tak jumpa, cari lah di kandang kambing. Alisha dan Alfeey sejak besar dah kurang sikit tapi Aleena memang situ lah tempatnya.


Aduh... dah tengok gambar-gambar lama ni, makin tak sabar nak balik kampung. Dah boleh rentas negeri ni... jom lah kita balik kampung. Tak kisahlah samada balik kampung atau bercuti, yang paling penting amalkan norma baharu dalam kehidupan seharian kita. Jaga kebersihan, elakkan tempat yang sesak dan jarakkan sosial anda. Barulah kita menang. Kita jaga kita ok.


Thanks for reading ye...






Post a Comment

0 Comments