Youtube Channel Cik ILA menari

 Assalamualaikum semua.

Hari ni merupakan hari kedua PKPB seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan. Semoga rakyat Malaysia terus tabah menghadapi dugaan COVID-19 yang berpanjangan ini. Cik Ila doakan semoga semua kita dipermudahkan segala urusan.


Bermula 9 November - 18 November, kaedah pengajaran dan pembelajaran secara Home-based Learning akan dijalankan bagi menggantikan sesi persekolahan. Maknanya tiada lagi pembelajaran secara face to face di sekolah. Mujurlah, sebelum pengumuman PKPB sebelum ni, sekolah anak-anak Cik Ila sempat habiskan silibus bagi subjek-subjek yang penting. Sekarang guru-guru banyak kongsikan latihan-latihan untuk dibuat samada dalam GCR atau whatsapp. 

Cuma masih ada lagi kebimbangan sebab tahun depan Alfeey akan naik ke tahap 2 (tahun 4) dan Alisha akan naik tahun 6 (UPSR). Cik Ila seorang yang praktikal. Jadi bagi subjek seperti Sains, Pendidikan Kesenian dan Matematik masih lagi lah nak bimbing anak-anak di rumah. Tapi bagi subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris agak sukar juga. Fasih berbahasa tidak bermakna kita mahir tau. Dengan situasi sekarang memang kena perbanyakkan latihan lah. Lagi pulak, mak mak ni bila mengajar cepat pula bertukar menjadi harimau jadian :) 

Semasa PKPB sebelum ni, ada aktiviti/kerja yang perlu dilakukan dirumah dan perlu dihantar kepada guru untuk dinilai. Ada dalam bentuk video dan ada juga dalam betuk latihan/kuiz. Bagi bentuk video, Cik Ila ada kongsikan dalam channel youtube. Jadi parents boleh pergi ke channel youtube Cik ILA menari  kalau nak tengok. Ada sains tahun 3 dan 5 dan juga pendidikan kesenian. Ada juga aktiviti untuk pre-school bersama Aleena. InsyaAllah, Cik Ila akan buat lebih banyak lagi video-video seperti ini bersama Alisha dan Alfeey.



Tujuan asalnya, tak nak anak-anak belajar dalam suasana boring dekat rumah. Sudahlah tak boleh keluar rumah. Sekurang-kurang, diorang ada aktiviti di rumah :)










Post a Comment

0 Comments