Dialog Hari Ini




Kisah semalam. Maaf ye Alfeey. Ibu memang malas nak gosok uniform. Selagi cikgu kata boleh pakai baju pjpk/sukan, pakai saja lah kecuali hari isnin. Hahaha.... Sebenarnya minggu ni penat sungguh. Balik kerja asyik sampai lepas maghrib je. Hujan sikit tapi jem nya melampau-lampau. Bangun pagi nak settle kan bekal dan macam2 lagi lah. Depa awal2 lagi dah cakap nak bawa bekal pergi sekolah.

Anak bujang aku yang seorang ni memang macam ni. Bercakap dengan dia kena siapkan reason kenapa dia kena buat apa yang aku suruh. Haih... panjang ceritanya. Selagi jawapan yang aku bagi tu dia tak dapat terima, selagi itu lah dia akan ber 'kenapa'. So semalam dia pakai juga lah baju pj. Petangnya bila aku balik. Exited menunggu depan pintu semata-mata nak bagitau yang cikgu kelas dia kata boleh je pakai baju sukan. 

Semenjak masuk sekolah dari Isnin lepas, 3 cerita yang aku kena dengar setiap hari. Selagi lah mata tak tidur. Itu pun nak tidur sempat lagi.... "selamat malam ibu" dari bilik masing-masing. Selagi tak jawab, dok ulang lah selamat malam ibu tu. 

Ok lah. Tu je yang aku nak cerita - dialog hari ni.

Jumpa next post. Korang yang singgah..meh lah tinggal komen. Nanti aku jalan-jalan blog korang. Bye... bye... 

Post a Comment

0 Comments