Nasib baik bukan kutu babi@sengkenit

Assalamualaikum :)

Selasa lepas, aku bawa Alisha ke hospital sebab sehari sebelum tu dia mengadu sakit telinga. Jadi malam nya, aku bawa lah di ke klinik panel. Doktor yang merawat bagitau, gegendang telinga Alisha macam koyak. Jadi dia prescribe ubat antibiotik dan pain killer dan minta aku bawa Alisha ke hospital.

Jadi, aku bawalah dia ke Hospital Putrajaya. Masa screening, aku pun bagi tau lah kes Alisha. Nurse minta reference letter tapi memanglah aku tak bawa sebab masa aku minta dari doktor semalam, dia selamba je cakap tak perlu. Adeh. Nasib baik lah nurse 2 orang tu ok. Diorang suruh aku pergi ke KK yang berhampiran dulu. Yang paling dekat KK Presint 9. Disebabkan naluri mak yang risau kan anaknya (mana tak risau bila doktor cakap gegendang telinga dia koyak), aku pun drive lah ke KK Presint 9. Jarak dalam 1km lebih je dari HPJ tu.

Klinik Kesihatan Presint 9

Sampai sini, memang ada nurse-nurse yang tunggu dekat luar tu. Masa ni baru lah aku tau kena booking slot dulu dalam mysejahtera tu. Aduh... lain sudah sekarang. Sebenarnya sejak Covid-19 ni, aku memang tak pernah ke hospital atau ke KK. Macam mana lah boleh terlepas pandang tentang ni. Nasib baik lagi lah depa bagi masuk juga. Sebab aku cakap tak tau. Dapat nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil untuk pendaftaran. 

Lepas register, dapat slip macam ni, tunggu pemeriksaan tekanan darah dan berat di triage. Lepas tu kena scan pulak barcode ni. Kalau tak scan sampai ke sudahlah tak berjumpa doktor. Aku melilau juga mencari tempat nak scan. Masa nak scan tu ada juga lah couple apek ngan asoh ni pun terkial-kial nak scan macam aku. Hahaha. 

Sekejap je tunggu, lepas tu doktor pun panggil. Alahmdulillah. Gegendang telinga Alisha takde apa-apa. Tak koyak. Tapi sebab macam dah kena infection, permukaan gegendang tu tak cun dan berkilat. Disebabkan dah dapat antibiotik dan pain killer semalam, doktor suruh continue saja sampai habis dan datang semula minggu depan. Lega rasa. 

Aku bukan apa, takut sengkenit (kutu babi) masuk je. Cuti sekolah budak-budak ni stay di kampung. Sekarang pun musim dia kot. Sebab banyak sungguh kutu ni kat kambing abah aku. Depa pulak, dah jadi bff dengan kambing tu. Aleena siap bawa balik seekor. Meragam je sebab sakit. Aku pulak tak perasan langsung sebab sengkenit tu gigit di celah-celah bulu mata dia. Sedar-sedar je, dah berkilat. Hahaha....nasib baik sungguh bukan kutu babi@sengkenit.

ok, berbalik kepada sistem baru KKM ni, pada aku, sistem temujanji atas talian ni bagus sangat. Dapat mengurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan. Tempoh menunggu pun singkat. Hospital pulak kalau nak pergi kena dapatkan reference letter dari KK jugak. Pada yang masih tak tau, korang boleh buka melalui mysejahtera kat phone tu atau cari saja qmed.asia/booking




Untuk follow-up Alisha minggu depa, aku dah siap booking. Hehehe... dah tau kan. Siapa yang ada pengalaman macam aku? Mari share kat komen.



Post a Comment

2 Comments

  1. Moga cepat sembuh Alisha. Samalah saya sejak PKP tak pernah lagi pergi hospital. Pergi KK check up anak je. Menarik jugak kalau Cik Ila share pengalaman nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Lady. Tu lah dah lama tak pergi KK ni. Sepanjang covid ni lah. Doktor nak bagi mc pun dah lupa mana letak buku mc. Hahaha....punya lama tak bagi mc katanya.

      Delete