Kalendar Akademik dan Cuti Perayaan Sesi Persekolahan 2022/2023

Pejam celik dah nak sampai ke penghujung sesi persekolahan. Tinggal seminggu lagi saja untu anak-anak bersekolah. Minggu lepas Alisha dah pulangkan buku teks. Awal minggu ni, giliran Alfeey pula yang pulangkan buku teks. Esok Alfeey dah dapat buku teks untuk sesi baru. Dia naik ke tahun 5.  Sekolah pun tak berapa nak sesak dah. Mungkin ramai ibu bapa yang dah cuti kan anak. Aku hantar seperti biasa sebab masih ada aktiviti-aktiviti yang cikgu buat di sekolah. 

Lepas tu, cuti akhir persekolahan 2021/2022 selama tiga minggu. Bermula 26.2.2022 hingga 20.3.2022. Korang boleh refer kalendar akademik persekolahan sesi 2022/2023 nanti.

Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 Kumpulan A

Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 Kumpulan B

Bagi yang nak plan cuti. Korang boleh refer jadual cuti perayaan sesi 2022/2023 kat bawah ni. Musim perayaan lah kita nak berkumpul dengan ibubapa, adik-beradik dan saudara mara. Hri Raya nanti cuti panjang lah kita. Isnin tu kita dapat cuti ganti hari pekerja. Tak sabar nya. Dah lama tak sambut raya dengan mak abah.

Cuti Perayaan Sesi 2022/2023

Persediaan sekolah pun tak buat lagi. Alat tulis memang dah banyak, Hadiah dari aktiviti-aktiviti sekolah. Untuk alfeey mungkin akan ganti kasut, beg dan baju sukan sekolah saja sebabnya baju sekolah masih sempurna. Alisha naik ke tingkatan 1, banyak lah nak kena ganti. Ada rezeki, moga dapat masuk ke MRSM. Kalau tak, terus bersekolah di sini saja. Cepat betul membesar anak-anak ni. Siapa ada anak sebaya Alisha?















Post a Comment

0 Comments