EXTRAORDINARY ATTORNEY WOO

Assalamualaikum my dear readers 💗

Siapa yang sudah tonton Extraordinary Attorney Woo? 

Extraordinary Attorney Woo


Extraordinary Attorney Woo mengisahkan tentang seorang peguam baru bernama Woo Young-Woo yang juga pengidap Autisma (Autism Spectrum Disorder - ASD) yang berkhidmat di Hanbada. Young-Woo merupakan pelajar terbaik di SNU dengan IQ 164 yang obses dengan ikan paus. 

Drama ni bermula dengan konflik antara bapa Young-Woo dengan tuan rumah mereka. Melihat bapanya sedang dipukul oleh tuan rumah, Young-Woo menjerit akta undang-undang. Bapanya yang terkejut lantas mendukung Young-Woo masuk ke rumah dan meminta Young-Woo mengulangi apa yang telah dicakapkan. Dari situ lah, dia mengetahui yang anaknya telah menghafal buku undang-undang. Dipendekkan cerita, Young-Woo berjaya memasuki SNU dan sentiasa mendapat tempat pertama dan terbaik dan menjadi peguam di Hanbada Law Firm.

Bagi aku, lakonan Park Eun-Bin memang tak mengecewakan. Sebelum ni dia berlakon dalam drama  The King's Affection  dan Do You Like Brahms?So far, konflik atau kes-kes dalam Extraordinary Attorney Woo ni pun pada aku biasa-biasa je. Tapi jalan ceritanya menarik. Ada beberapa part yang aku suka. Contohnya, cara Young-Woo perkenalkan diri dia, cara dia ketuk pintu boss dia, dan bila dia dapat solution untuk kes.... mesti keluar ikan paus.

Tak sabar nak tunggu perkembangan cerita ni. Dan aku harap konflik-konflik dia tak berat sangat. Padahal aku hadap je walaupun berat.

Extraordinary Attorney Woo ditayangkan di Netflix setiap hari rabu dan khamis bermula 29 Jun 2022. Jangan lupa tonton!!!

Post a Comment

0 Comments