SELAMAT ULANGTAHUN KE-6 ALEENA

Assalamualaikum semua 💗

Post ini sepatutnya aku publish pada 23 Julai 2022 sempena tarikh lahir dia. Ni dah terlewat dua hari. 

Pregnant Aleena aku memang manja dan mengada sebab kali pertama cik suami ada di sisi sepanjang kehamilan. Semua lepas tangan pada Cik Suami. Padahal masa pregnant Alisha dan Alfeey relaks je. Semua buat sendiri. Tak kira susah atau senang. Masa Alfeey lagi lah, dah turun tanda pukul 11 malam aku boleh drive sendiri ke hospital bawa mak dan abah. Haih.... lucu pulak bila ingat balik. Walau manja macam mana pun, masa dalam labour room, cik suami memang tak ikut. Aku pun tak nak bagi sebabnya dia jenis yang tak boleh nak tengok darah. Masa bersalin Alisha, bila nurse tunjuk baby pada dia konon fresh from oven lah masa tu. Dia boleh nak pitam. Aku yang kat dalam ni dengar nurse menjerit panggil tolong sebab dia dah nak jatuh. Hahahaha....

Ok...cerita Aleena balik. Pagi 23 tu aku dah rasa contraction. Sambil dok layan contaction tu aku  siapkan assignment nak kena submit hari tu juga. Lepas submit, dah masuk zohor. Suruh dia solat cepat nak pergi hospital. Terus kelam kabut. Pergi HPJ, tapi masa tu labour room penuh. Lepas cek baby doktor suruh pergi ke Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) di Presint 8. Alisha dan Alfeey adik aku dan datang ambil masa tu.

Alhamdulillah, baik sangat doktor dan nurse kat sini. Doktor dan nurse pun cakap lembut je. Bilik bersalin pun selesa. Bateri phone aku dah habis masa ni, tak boleh nak tangkap gambar. Aku bersalin Aleena lepas maghrib. Syukur Alhamdulillah. 

  https://cikilamenari.blogspot.com/   


Aku berani cakap, Aleena ni anak manja cik suami. Dari awal sampai lah sebelum dia draft ke Johor awal bulan hari tu, memang dengan Aleena je. Mungkin sebab Alisha dan Alfeey dah besar. Depa berdua banyak buat hal sendiri. Tak de lah macam Aleena yang asyik berkepit je dengan ibu dah abah.


Alhamdulilah dah 6 tahun umurnya. Moga terus membesar dengan sihat dan dilindungi Allah sentiasa. Abah, ibu, kakak dan ambam love you so much.

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-6 ALEENA AISYA


Terima kasih Ya Allah, kerana mengurniakan anak-anak yang menenangkan hatiku, memudahkan kerja-kerjaku, mendengar kata-kataku menjadikan anak-anak soleh lagi baik, menjadikan akhlaknya sebaik-baik akhlak dan jagalah mereka untukku supaya dapat aku menunaikan amanahku kepadaMu dengan baik.

Jauhkanlah anak-anakku dari berjumpa dengan orang dan perkara yang salah yang akan merosakkan mereka. Dan temukanlah anak-anakku dengan insan-insan yang soleh dan perkara-perkara yang baik yang boleh membawa anak-anakku dekat denganMu ke jalan redhaMu.

Ya Allah, kurniakan anak-anakku fahaman ilmu agama dan jadikanlah anak-anakku sempurna akalnya dan menggunakan akalnya untuk menuntut ilmu supaya dengan ilmunya mereka akan beramal soleh.

Amin.

Post a Comment

0 Comments