SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PENEMPATAN TAHUN 1 2023

Assalamualaikum semua 💗

Siapa yang ada mendaftar anak untuk kemasukan Tahun 1 sesi 2023? 

Untuk makluman, ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan keputusan permohonan penempatan ke Tahun 1 depan mulai 1 Ogos 2022.  Pengesahan penempatan dan membuat rayuan ke sekolah pilihan (sekiranya tidak bersetuju dengan sekolah yang ditempatkan) juga boleh dibuat mulai 1-30 Ogos 2022 di  https://public.moe.gov.my.


Aku suka website ni sekarang walaupun setiap kali nak masuk asyik lupa saja kata laluannya. Sebelum ni kan guna untuk pendaftaran Tahun 1. Sekarang dah ada perkhidmatan untuk pengemaskinian maklumat profil anak dan ibu bapa/penjaga bagi anak yang sudah bersekolah dan rekod kehadiran anak. Dah tak perlu nak isi borang maklumat pelajar lagi. Mudah kerja ibu bapa dan cikgu.

Sebenarnya aku dah buat permohonan Tahun 1 untuk Aleena, pada tahun lepas semasa dia umur 5 tahun. Risau pulak kalau lambat mohon, tak dapat pula sekolah yang sama dengan abang dia nanti. Maklumlah di kawasan rumah aku tu ada dua SK. Sekolah yang satu lagi berhampiran dengan sekolah menengah (sekolah kakak dia). Memang sesak laluan nak ke sekolah tu. Sedangkan pagi nak hantar abang dia pun boleh sangkut dalam jem. Maklumlah dilaluan yang sama juga ada SJK(C). Kalau hujan memang tak jalan tak bergerak. Jadi aku berharap sanagatlah, Aleena diterima masuk ke SK yang sama dengan abang dia.

Jangan lupa ya untuk semak status permohonan anak ke Tahun 1.

Post a Comment

0 Comments