GOTONG ROYONG DI SEKOLAH ANAK

Assalamualaikum 💓

Apa khabar sahabat semua? 

Semoga semua bersemangat untuk bekerja hari ni selepas dua hari bercuti. Hujung minggu aku penuh dengan aktiviti anak-anak je. Hari Sabtu ada gotong-royong di sekolah Alfeey. Jadi Alfeey ikut aku ke sekolah manakala Aleena dan Alisha stay di rumah. Plan asal, semua nak ikut. Tapi disebabkan Aleena nak terus tidur pagi tu, Alisha kena lah temankan dia di rumah.

SKPBP2

Setelah lama sekolah tak dapat buat apa-apa aktiviti, memang seronok lah dapat ke sekolah. Lagi pula, program gotong-royong ni tujuannya nak membersihkan dan mencantikkan kawasan sekolah. Kaum ibu dan guru kelas mengemas di kelas manakala kaum bapa akan bekerjasama di kawasan sekolah. Anak-anak meriah berlari ke sana-sini.

SKPBP2
Senamrobik 

Video pendek senamrobik

Sebelum mula kerja, ada aktiviti senamrobik bersama cikgu-cikgu untuk memanaskan badan. Meriah. Anak-anak memang dah ke depan termasuklah Alfeey and the gang. Baru burn kalori sikit, top up balik dengan sarapan pagi :) Makanan meriah memandangkan ada potluck dari ibu bapa dan guru-guru. Selesai sarapan, memang terus ke kelas Alfeey lah. Menapak mendaki bangunan ke tingkat atas. Cikgu kelas dah ada dengan anak-anak murid dia. Mak-mak yang baru sampai ni, sambung saja kerja-kerja yang sudah dibuat cikgu.

5 Cekal SKPBP2
Antara anak murid 5 Cekal yang datang.

5 Cekal SKPBP2
Gambar kenangan selepas siap mengemas.

Merdeka 5 Cekal SKPBP2
Sebab bulan kemerdekaan, kita hias tema Kemerdekaan


5 Cekal SKPBP2
Gambar kenangan lagi sebelum Irfan (baju hitam) berpindah minggu depan.


Ok...last sekali, sekeping gambar kenangan Alfeey dan ibu pada hari gotong-royong. 

Instagram: Gotong-royong sekolah 2022

Post a Comment

0 Comments