Untuk minggu ni, Aziz M. Osman menjadi juri menggantikan Zainal Abidin dan Hans Isaac sebagai juri jemputan. Dah lama CIM tak tengok Hans kat tv. Kali terakhir masa siri drama Dahlia, kalau tak silap. Minggu ni peserta akan memparodikan lagu mengikut tema " pengampu". Yang bestnya, tengah depa dok nyanyi tu, juri aka tekan buzzer dan depa kena tukar genre lagu. Hahaha....lucu gak. Lagu-lagu yang diparodikan minggu ni adalah:
Mawi & The Loyar - Gerimis Mengundang
Skru - Cinta Pantai Merdeka
Righthanded - Sha Na Na
Juri - Secangkir Madu Merah
Senaman - Teringin
Abang Face - Knock Knock
Cuba Teka - Senggol Senggolan
Black Dot Chey - Puncak Kasih
Slumber Blur - Penglipur Lara
Kobis Pedas - Takdir & Waktu
Secara keseluruhan, minggu ni agak menghiburkan. CIM suka skit dan parodi yang di buat oleh Abang Face dan Slumber Blur. Cuma pengacara tu banyak bercakap sangat. Dan kedudukan di akhir konsert untuk minggu ini:
1. Abang Face
2. Righthanded
3. Slumber Blur
4. Kobis Pedas
5. Black Dot Chey
6. Skru
7. Mawi & The Loyer
8. Juri
9. Senaman
10. Cuba Teka
Sebagai pemenang untuk minggu ni, Abang Face dapat memilih lagu untuk parodi minggu depan. Depa dah pilih lagu Teratai dan genre yang perlu depa nyanyi dipertengahan adalah Pop Yeh Yeh. Tema untuk minggu depan adalah "Kebenaran isteri ...." dan perkataan wajib adalah PAYUNG EMAS.
Nak tahu apa jadi minggu depan? Jangan lupa tengok Juara Parodi ye, Jumaat @ 10 malam, di Astro Warna dan Maya HD.
Bye...Bye...Bye...
.
0 Comments