Nak Orientasi Tahun 1


Isnin itu hari, surat orientasi dari Alisha sekolah dah sampai. Cepat betul depa orientasi sekarang ni. Dokumen-dokumen pun nak kena sediakan dan bagi terus esok.  Semua dah ready kecuali gambar passport 3 keping. Nasib baik lah sekarang boleh dapat gambar on the spot. Masa ibu dia sekolah rendah dulu, dah tangkap gambar nak kena tunggu 3 hari baru boleh ambil.


Ni gambar lama, ambil masa dia umur 4 tahun untuk pendaftaran tadika. Tapi tadika tak guna pun sebab report card semua gambar pakai uniform sekolah. Kalau hujan lagi petang nanti, memang tak boleh lah nak menyinggah. Jadi guna saja lah apa yang ada :)

Esok jugak akan ada Ujian Diagnostik untuk penempatan kelas. Harap dia boleh buat. Ibu dia rajin dok print soalan-soalan LINUS tahun 1 tu suruh dia buat. Alhamdulillah, cumanya bila melibatkan soalan penggunaan duit memang dia keliru. Macam mana lah nak sekolah, duit tak pandai guna lagi.

Bab pakaian esok, dalam surat tu cuma cakap pakaian sopan. Maknanya tak perlu pakai uniform sekolah lah kan? Hehehe.....semua tu tak beli lagi lah. Apa-apa pun ibu yang nervous lebih dari anak. 

Bye...Bye...Bye...



Post a Comment

1 Comments