Sempena birthday Alfeey awal bulan hari tu, CIM dan MR bawa anak-anak ke WaterWorld iCity. Kami pergi dengan adik CIM cik polis dan keluarga dia. Tiga hari sebelum tu, godek2 Mr Google baca review mereka yang dah pergi ke sana. Beli tiket pun online juga kat SINI. Kebetulan hujung minggu tu ada promo. Dapatlah tiket dengan harga RM81 (termasuk GST) untuk 2 dewasa dan dua kanak-kanak. CIM terus beli i-Card RM50 untuk locker nanti.
Depa kena tunggu sementara CIM nak settlekan ticket. Sembang dengan budak kat kaunter tu, harga online murah sikit dari harga kat kaunter. Sapa rasa nak jimat boleh lah beli online. CIM dulu beli sebab fikir nak senang je.
Dah lepas gate masuk, boleh sewa locker. Deduct RM10 dari iCard je. Tapi CIM tengok, ada je orang yang letak barang-barang depa kat tepi-tepi situ. Tapi nak selamat amik locker ye. Selamat sikit korang nak ke mana-mana.
Aladdin Adventure. Tempat favorite Alfeey. Masuk sini dia dah tak mau ke mana-mana dah. Puas ibu ngan abah bawa dia ke tempat lain. Kat sini juga dia main.
Rainbow Racer. CIM dan MR gilir main dengan cik polis dan wife dia sebab nak kena tengokkan kiddos. Alisha nak cuba juga, tapi ketinggian mesti lah tak lepas. Marah dia.
River Adventure. Dua-dua orang tak berapa nak suka. Depa boring kot duduk dalam pelampung tu.
Wave Pool. CIM snap dari jauh je. Malas nak usung kamera yang tak waterproof tu. Hehehe...tapi masa kami main kat sini, satu wave pun tak dak. Lagi pun matahari terik sangat. Cepat-cepat lari.
Spiral Slide pulak ditutup sebab depa buat kerja penyelenggaraan.
Part paling best kat sini mesti lah TORNADO. Duk fikir sapa nak jaga kiddos kalau kami semua naik serentak. Saja pergi juga cuba nasib. Nasib baik tau kebetulan ada dua orang yang tengah cari partner. Apa lagi......
Berat benor mengusung benda alah tu naik ke atas. Ada observation deck untuk sapa yang nak tengok. Serius giler kecut perut CIM. Mata memang tertutup rapat. Rasa nak tercabut pemegang tu...takut terlepas weh. Sorang brother yang naik dengan kami tu siap cakap tobat tak naik dah. MR pulak naik sampai dua kali.
Nampak slow je kan.
Cik polis dan family. Hahaha...anak depa tak nak berenggang langsung. 10 minit dalam air dah menggigil.
Hari kami pergi tu, kira puas hati lah. Mungkin sebab baru buka dan orang tak ramai lagi. Kualiti air pun bagus. CIM tak tahu lah banyak mana Alisha dan Alfeey tertelan air kat situ. Tapi Alhamdulillah, balik rumah ok je. Pesan CIM, jangan lupa bawa sunblock. Mau terbako muka.
Bye...Bye...Bye...
0 Comments