Doa untuk terhindar kesusahan hutang walau sebesar gunung dan dimudahkan rezeki.

Bismillah

Aku suka dengar ceramah2 pendek Ustaz Ebit Lew.
Pagi ni sempat dengar live tentang doa tentang hutang. 
InsyaAllah, aku kongsikan dekat sini supaya boleh jadi panduan kepada yang dah buntu dengan masalah hutang berdasarkan apa yang dah aku dengar tadi.

Dalam hidup ini, ada dua perkara yang perlu kita lakukan jika hendak berjaya iaitu usaha dan ketentuan Allah. Kedua-dua ini dapat kita lakukan melalui doa. Jika kita tidak berdoa dan tidak berusaha maka kita dah hilang separuh daripada ketentuan Allah.



Doa pertama


Yang bermaksud: "Ya Allah kurniakanlah aku rezeki yang halal dengan itu aku dapat terlepas daripada sumber yang haram. Kayakanlah aku dengan limpah kurniaMu sehingga aku tidak perlu lagi sesuatu selain daripadaMu."

Doa Kedua


Yang bermaksud: "Ya allah aku berlindung padaMu dari kekuasaan dan kedudukan, dari lemah kemauan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari banyak hutang dan kezaliman manusia."

Amalkan doa-doa ini pagi dan petang. Walaupun hutang itu sebesar gunung sekali pun, InsyaAllah Allah akan lunaskan hutang itu. Dan bersyukurlah kerana Allah sayang kepada kita. Bila Allah dah sayang, Dia akan pilih kita untuk sentiasa menyebut namaNya, mengenalNya dan belajar amalan-amalan Nabi SAW. Kedua-dua doa ini adalah amalan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.


Amin.



Post a Comment

2 Comments