Semakan Status Penempatan Murid Tahun 1

Semakan Status Penempatan Murid Tahun 1 | Assalamualaikum semua. Status penempatan murid tahun 1 bagi sesi persekolahan 2018 tahun 1 sudah boleh disemak dari 16 Julai 2017. Log in ke Modul Pendaftaran Murid (SPATKPM) dengan  no kad pengenalan dan kata laluan yang digunakan sebelum ni. 


Bila dah masuk, klik pada pendaftaran/penyemakan permohonan. Selepas itu klik pada semak permohonan. Page seperti di bawah akan keluar. Klik pada SEMAKAN.


Korang akan nampak page seperti ini. (1) Kena sah kan pengesahan sekolah (arrow merah). Bila dah disahkan dia akan bagi tahu kita telah buat pengesahan sekolah pada tarikh hari tu. (2) Cetak surat. 


Tak nak cetak sekarang pun tak pe, Seingat Cik Ila, masa kakak Alfeey dulu, surat tawaran ni kena bawa ke sekolah masa pendaftaran dan ujian diagnostik. Baik cetak sekarang dan kumpulkan semua yang nak kena di bawa kesekolah masa hari pendaftaran nanti seperti rekod imunisasi anak, sijil kelahiran dan lain-lain.

Alhamdulillah, Alfeey dapat sekolah yang Cik Ila mohon. Pada yang tak berjaya korang masih boleh buat permohanan rayuan sekolah. Good Luck :)



Post a Comment

0 Comments