Mael Totey The Movie

Salam semua.

Selamat hari sabtu dan selamat bercuti dihujung minggu.

Cuaca cantik hari ini, tapi tak boleh nak kemana-mana. Masih lagi PKPB.

Hari ni.... Cik Ila nak cerita pasal Mael Totey The Movie. Dah tengok ke?


Mael Totey The Movie mula ditayangkan di Astro First pada 22 Oktober 2020 dengan bayaran langganan RM15.90 termasuk tax untuk 2 hari tayangan. Dengar-dengar kutipan Mael Totey The Movie ni dah lebih RM4 juta. Tahniah buat warga kerja Mael Totey The Movie. Cik Ila sendiri telah dua kali melanggan Mael Totey The Movie ni gara-gara anak-anak merengek nak tengok.

Apa yang menariknya Mael Totey The Movie ni?

Pada Cik Ila, kalau korang biasa layan content2 youtube Syahmi Sazli. Sudah pasti korang akan suka cerita ni Sebab jalan cerita dia ringan dan santai. Jalan cerita pun straight to the point dan menghiburkan dengan kehadiran Asif, Yeo, Bedul dan Yatin. Konflik yang ada pun tak memeningkan kepala. 

Tahniah kepada Syahmi Sazli kerana telah berjaya membuktikan dirinya sebagai pelakon, pengarah dan penerbit di dalam Mael Totey The Movie.

Cik Ila tanya Alfeey, berapa bintang Alfeey nak bagi Mael Totey The Movie ni? 

Alfeey    ★★★★★
Cik Ila    ★★★★☆

Post a Comment

0 Comments