Today I am Grateful

Assalamualaikum semua.


Hari ketiga PKP 2.0 di Selangor. Tapi tak macam PKP pun sebab masih bekerja seperti biasa. Dan kenderaan pun masih banyak di jalan. Makanya jalankan lah tanggung jawab kita untuk melindungi diri kita dan orang tersayang. Jaga jarak sosial, sentiasa pakai mask bila keluar dan cuci tangan selalu. Baiklah, cakap banyak pun tak guna. Sendiri mahu ingat. Percaya lah COVID-19 is real.

Petang semalam, Aiman, rakan Alfeey yang ibunya warga Indonesia mengetuk pintu pagar. Selalunya lepas Zohor mesti dia datang. Bagi salam dan panggil Alfeey. Lepas tu diorang akan main sampailah pukul 6. Disebabkan semalam dah nak maghrib, memang tak bagi Alfeey keluar main. Diorang bersembang di pagar saja. Bila Alfeey masuk saja, dia bagi tau Aiman akan balik ke Indonesia esok (pagi ini) sebab ibunya sakit. Nauzubillah... betullah ibunya sakit. Cik suami ada maklumkan sebelum ni yang ibu Aiman macam tak sihat saja. Memanglah hati tisu Cik Ila ni. Rasa sebak sangat. Sampai nak tidur pun dok teringat lagi. Semoga Allah permudahkan urusan Aiman dan ibunya. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur dan ada jodoh, semoga dapat berjumpa lagi.

KLIK 👉 Alfeey, Alisha dan Aiman tengah main.

Kita tak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Tapi, umumnya kita tahu yang rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada setiap hari.


Ada keluarga itu REZEKI

Ada suami dan anak-anak itu REZEKI

Ada kerja dan gaji itu REZEKI

Ada kesihatan yang baik itu REZEKI

Ada rumah untuk berlindung itu REZEKI

Bersyukurlah kepada Allah di atas semua REZEKI yang diberikan ini. Semoga ia diberkati Allah walaupun ianya hanya sebesar kuman atau pun seluas lautan. Dan sentiasa berdoa semoga sentiasa dilindungi dan terhindar dari kesusahan dan malapetaka. Be grateful.

 👉 New Youtube Video



Post a Comment

0 Comments