Salam Maal Hijrah.

Assalamualaikum buat semua. 

Sudah lama Cik Ila tidak menulis di sini.

Ketandusan idea dan kesibukan bekerja dan pdpr. Apa khabar sahabat² semua? Cik Ila doakan semoga sahabat² semua diberikan kesihatan yang baik dan dijauhkan dari virus jahat ini. 

Jumaat lepas, kita telah kehilangan seorang insan hebat iaitu kak Shilla Firdaus. Cik Ila mengenali beliau, sejak 2010 walaupun hanya di alam maya. Bagi yang mengenali beliau, kita pasti akan merindui tulisannya di FB. Pergimu di hari yang mulia kakak.

Hari ini, Isnin, hari terakhir bagi tahun1442H, kita kehilangan insan yang bernama Siti Sarah isteri kepada Shuib yang cukup kita kenali. 

Al-Fatihah buat kedua-dua mereka dan salam takziah buat seluruh keluarga. Sedih dan hiba rasanya melihat ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang dibebabkan Covid. Berat mana memandang, berat lagi bahu yang memikul. Buat semua yang telah kehilangan orang tersayang, Cik Ila doakan anda semua terus kuat dan tabah.

Akhir sekali, Cik Ila ingin ucapkan Salam Maal Hijrah. Selamat Tahun Baru buat semua umat Islam. Semoga Allah angkat musibah yang melanda di dunia ini dengan kedatangan tahun yang baru ini. 


AMIN.

 

Post a Comment

0 Comments