Kembara Mahsyar

Hidup adalah sebuah perjalanan mengenal Tuhan. Dan kita berkelana mencari tujuan. Tujuan mengapa kita diciptakan. 

Kembara Mahsyar

Kembara Mahsyar, sebuah pengembaraan menuju tuhan. Buku yang sangat menarik yang membawa kita mengembara ke setiap alam kehidupan dan selepas kematian menuju ke alam yang abadi yang ditulis oleh Faris Zulkharnane. Buku ini mula diterbitkan pada Ogos 2019 dan terbahagi kepada 2 iaitu:

Buku 1: Menceritakan tentang permulaan kehidupan sehingga Hari Kiamat;

Buku 2: Menceritakan tentang kehidupan semula (bermula dari Hari Kebangkitan)

Dah lama sebenarnya aku tak membeli buku-buku ilmu macam ni. Kalau beli pun lebih kepada buku anak-anak samada majalah atau pun buku anime. Bila terjumpa buku ni, terdetik hati nak membeli terus. Cetakan pertama dia tahun 2019, cetakan ketujuh tahun 2022 baru aku terjumpa. Serius tau.... kali pertama aku tenampak iklan buku ni terus je aku order dan bayar. Macam kena pukau. Lagi pulak masa tu, waktu subuh. Rumah memang sunyi je. Hahaha....


Jauh lagi perjalanan hidup. Bagi kita yang masih hidup ni, kita masih berada di alam dunia. Jauh lagi  untuk menempuh alam yang abadi. Cukupkah amalan kita? Aku baru belek-belek je buku ni. Semoga memberi motivasi dan inspirasi untuk aku berubah ke arah yang lebih baik. Buat korang yang nak dapatkan juga buku ni boleh beli Masyar.com atau di SINI .

Post a Comment

0 Comments